Pengumuman Daripada: FSSA

Assalamualaikum W.B.T./ Selamat Sejahtera,

YBrs. Prof. Madya Dr./Prof. Madya/Prof./Dr./ Tuan/ Puan,

JEMPUTAN MENYERTAI PROGRAM PENGISIAN e-CENSUS BERSAMA WARGA INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPT) SECARA WEBINAR BAGI PELAKSANAAN BANCI PENDUDUK DAN PERUMAHAN MALAYSIA 2020

 

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

 

2.     Untuk makluman YBrs. Prof. Madya Dr./ Prof. Madya/Prof./Dr./ Tuan/ Puan, sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) telah melanjutkan pelaksanaan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia (Banci) 2020 secara atas talian (e-Census) sehingga 21 Disember 2020 berikutan kesan penularan pandemik COVID-19 yang sedang melanda Negara.

 

3.     Justeru itu, bagi meningkatkan lagi kadar respons e-Census terutamanya dikalangan warga IPT yang mempunyai Memorandum of Understanding (MoU) dengan DOSM, pihak kami berhasrat untuk mengadakan Program Pengisian e-Census bersama warga IPT (khususnya yang belum menjawab e-Census). Program yang diadakan ini bertujuan untuk membantu YBrs. Prof. Madya Dr./ Prof. Madya/Prof./Dr./ Tuan/ Puan dan kakitangan IPT lain untuk menjawab e-Census sehingga selesai. Program ini akan diadakan secara webinar seperti ketetapan berikut:

 

Tarikh

:

Pilihan 1 : 26 November 2020 (Khamis)

Pilihan 2 : 30 November 2020 (Isnin)

Masa

:

9.30 pagi - 12.00 tengahari

Tarikh tutup pendaftaran

:

22hb November 2020

Pautan

:

Akan dimaklumkan kemudian

Pendaftaran

:

https://forms.gle/XbiTvM6pLvJFP6oi7

Untuk makluman, pendaftaran ini adalah sebagai rekod pihak urusetia. Bagi peserta yang tidak mempunyai invitation code (IC) [ NG DB BP TK], mohon untuk membuat pra pendaftaran e-Census di pautan yang diberikan selepas submit pendaftaran di google form ini.

 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Islam

 

Pengenalan

PIUMS menyahut saranan Dasar Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) yang diperkenal oleh kerajaan Malaysia dalam usaha untuk membolehkan warga Malaysia memperolehi ilmu dan kemahiran yang bersesuaian secara berterusan untuk mencapai kecemerlangan di dunia dan akhirat. Bagi menyemarakan lagi budaya keilmuan tersebut, PIUMS ingin menawarkan program Pengajian Islam Sepanjang Hayat (PISH) melibatkan kombinasi ilmu-ilmu Usuluddin, Syariah, Pengajian al-Qur’an dan Bahasa Arab serta ilmu-ilmu Islam yang lain.

 

Matlamat Pelaksanaan

  1. Menyediakan ruang dan peluang kepada warga UMS, masyarakat awam, agensi agama negeri dan semua pihak yang ingin meningkatkan ilmu pengetahuan dan amalan Islam yang sahih berteraskan aqidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah;
  2. Membuka ruang interaksi akademia dengan masyarakat awam;
  3. Menyemarakkan Pengajian Islam Sepanjang Hayat kepada masyarakat;
  4. Merealisasikan PIUMS sebagai sebuah Pusat Kecemerlangan Ilmu dan Sahsiah;
  5. Menambah penglibatan sosial PIUMS dengan warga kampus dan masyarakat.

 

Kursus/Sijil Yang Ditawarkan

Nama Kursus/Sijil

Pautan Pendaftaran

Sijil Profesional Pengurusan Masjid

 

http://tiny.cc/PISH2020

 

Sijil Asas Pengajian Syariah

 

http://tiny.cc/PISH2021

 

Untuk Maklumat Lanjut, Hubungi:

019-804 2698 (Ustazah Kartini Mail@Ismail)

013-543 0833 (Ustaz Md Razali Saibin)

 Poster Sijil Asas Pengajian Islam  ;Poster Sijil Asas Pengajian Islam