Pengumuman Daripada: Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar
Subjek : Pelawaan Bagi Pengesahan Dalam Perkhidmatan

Selaras dengan perlanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 14 April 2020, adalah dimaklumkan bahawa Pelawaan Pengesahan Dalam Perkhidmatan Bil. 2/2020 dan penghantaran borang/ dokumen yang berkaitan kini di lanjutkan sehingga 21 April 2020 (Selasa).

Sehubungan itu, mohon kepada YBhg. Datuk/ Datin/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan agar dapat memanjangkan perkara ini kepada kakitangan di bawah seliaan YBhg. Datuk/ Datin/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan.

Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini pihak YBhg. Datuk/ Datin/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan boleh menghubungi kakitangan berikut:

1. Hayati Salleh Baihaki,
    Penolong Pendaftar Kanan
    Bahagian Sumber Manusia.
    Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
    HP: 014-650 2837

2. Bibiana Robert
    Pembantu Tadbir (P/O)
    Bahagian Sumber Manusia
    Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
    HP: 011-16084683

Pengumuman Daripada: Bahagian Sumber Manusia
Kepada: Semua Kakitangan Akademik dan Pentadbiran UMS
Subjek: Semakan Markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) Bagi Tahun Penilaian 2019

YBrs. Prof. Datuk Dr./Prof. Dr./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan,

SEMAKAN MARKAH LAPORAN NILAIAN PRESTASI TAHUNAN (LNPT) BAGI TAHUN PENILAIAN 2019

Sukacita dimaklumkan bahawa markah LNPT bagi semua kakitangan yang telah mengisi borang e-LNPT dan telah lengkap penilaian kini boleh disemak melalui sistem e-LNPT.

2. Semua kakitangan yang telah mengisi dan lengkap penilaian adalah dipohon untuk menyemak markah masing-masing melalui pautan registrar.ums.edu.my di menu LNPT dan seterusnya membuat pengesahan melalui menu “Semakan Markah”. Jika pihak YBrs. Prof. Datuk Dr./Prof. Dr./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan bersetuju dan berpuas hati dengan markah yang diberikan mohon klik butang “Setuju” dan sekiranya tidak bersetuju dan tidak berpuas hati boleh klik butang ”Mohon Semakan Semula” untuk membuat rayuan semakan semula markah LNPT secara dalam talian.

3. Sekiranya tiada sebarang pengesahan dibuat selepas 30 Jun 2020, pihak YBrs. Prof. Datuk Dr./Prof. Dr./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan dianggap bersetuju dan berpuashati dengan markah yang diperolehi. Sebarang permohonan rayuan semakan semula selepas tempoh tersebut tidak akan dilayan.

Sekian, harap maklum.

LAMPIRAN:

Surat - Semakan Markah (.pdf)