Pengumuman Daripada   : Seksyen Pengurusan Inovasi, Pusat Pengurusan Penyelidikan Dan Inovasi (PPPI)

 

Subjek                           :  Pemakluman Pembukaan Permohonan Geran Public-Private Research Network (PPRN) 2.0 Fasa 2/2020, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)     

 

YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

Dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan pembukaan permohonan geran Public-Private Research Network (PPRN) 2.0 Fasa 2/2020 bermula pada 17 Mac 2020. Sehubungan itu, penyelidik UMS yang berminat adalah dipelawa untuk mengemukakan permohonan geran tersebut.

                                                                                                         

Berikut adalah tarikh dan perkara penting berkenaan pembukaan permohonan ini:

 

BIL.

PERKARA

CATATAN

1.

Tarikh Pembukaan Permohonan Peringkat KPM

-          17 Mac 2020 – 17 April 2020

2.

Tarikh Akhir Penghantaran Permohonan Peringkat UMS

 

9 April 2020

 

***Penting untuk semakan dokumen

 diperingkat PPPI dan tandatangan Pengarah PPPI

3.

Dokumen Permohonan

Dihantar ke Pejabat PPPI dalam bentuk:

i) satu (1) set salinan hardcopy

ii) satu (1) set salinan softcopy (email ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya./ Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)

4.

Urus Setia PPPI

-       Seksyen Pengurusan Inovasi:

-       No. Samb.: 100572 / 100012 / 101861

 

Bersama ini dilampirkan Garis Panduan Pelaksanaan dan Borang Permohonan PPRN 2.0 untuk rujukan dan tindakan selanjutnya di pihak YBrs. Prof./ Dr./ tuan/ puan.

 

Sekian, terima kasih.

 

 

 

 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Rawatan Warga

Subjek: Makluman Dari Pusat Rawatan Warga UMS

 

  1. Sila maklum bahawa Pihak Berkuasa Pengurusan Universiti pada mesyuarat Bil 3/2020 (kali ke 235) telah bersetuju pada 19 Februari 2020 supaya waktu operasi Pusat Rawatan Warga ditetapkan seperti berikut:

 8 pagi hingga 10 malam (Isnin-Sabtu).

  1. Selaras dengan pengumuman Perdana Menteri pada 16 Mac 2020, Pusat Kesihatan Universiti mengambil langkah proaktif untuk mengukuhkan tenaga manusia dan menambahkan kepelbagaian servis untuk usaha menyeluruh saringan Covid-19 di UMS pada waktu pejabat. Oleh yang demikian dimaklumkan bahawa operasi Pusat Rawatan Warga, dari 18 Mac 2020 sehingga tarikh yang ditentukan kemudian, adalah seperti berikut:

8 pagi hingga 10 malam (Isnin-Ahad) (termasuk cuti umum)

  1. Sukacitanya dimaklumkan bahawa talian makluman 24 jam COVID-19 telah ditubuhkan pada masa yang sama, yang akan dikendalikan oleh pihak HUMS. Sekiranya berlaku sebarang keraguan melibatkan COVID-19 di antara jam 10 malam hingga 8 pagi, pelajar dan staf boleh menghubungi talian hotline Covid-19 di talian 019 - 884 2400

Pengumuman Daripada: Bahagian Sumber Manusia

Subjek: Makluman Penangguhan Kursus Dalaman Individual Development Plan (IDP)

 

YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan, 

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 

 

  1. Sebagaimana YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan sedia maklum bahawa Pihak Pengurusan UMS memandang serius terhadap peningkatan kes Covid-19 yang semakin meningkat di Malaysia. Bagi mengurangkan penularan Covid-19 khususnya di dalam kampus dan dalam kalangan warga UMS, Unit Latihan dan Pembangunan Staf akan menangguhkan semua kursus dalaman IDP yang dianjurkan oleh pihak Jabatan Pendaftar bermula 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020.

 

  1. Bersama ini disertakan lampiran Pengumuman Langkah-Langkah Tambahan Mengurangkan Risiko Penularan Wabak Covid-19 Di Universiti Malaysia Sabah untuk rujukan dan perhatian pihak YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan selanjutnya. 

 

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berhubung penangguhan program, sila berhubung dengan pegawai-pegawai seperti berikut: 

 

BIL.

NAMA

NO.TELEFON/FAKS/ e-mel

1.

EN. MOHD AIDDY SUFFIAN ABD RASHID

Penolong Pendaftar, Bahagian Sumber Manusia

samb. 1042/ HP: 013-5810910

e-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

2.

EN. SUFIYAN ALI HUSSIN

Pembantu Tadbir, Bahagian Sumber Manusia

samb. 1122/ HP: 014-6746631

e-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

3.

PN. ERNA JEFREN

Pembantu Tadbir, Bahagian Sumber Manusia

samb. 1327/ HP: 010-9371369

e-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Segala perhatian dan kerjasama YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih