PENGUMUMAN KEPADA: SEMUA KAKITANGAN AKADEMIK UMS
PENGUMUMAN DARIPADA : BAHAGIAN SUMBER MANUSIA
SUBJEK : MAKLUMAN BERKAITAN PENGGUNAAN SISTEM e-LNPT BAHARU KAKITANGAN AKADEMIK UMS
Y.Brs. Prof./Dr./Tuan/Puan
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
02. Berdasarkan kepada Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007, Penilaian Prestasi merupakan sebahagian daripada sistem pengurusan personel yang penting yang boleh digunakan untuk membantu setiap pegawai meningkatkan prestasi kerja masing-masing.
03. Seperti yang telah dimaklumkan dalam surat bertarikh 11 November 2019, bernombor rujukan yang sama bahawa Mesyuarat Pihak Berkuasa Pengurusan Universiti (PBPU) Bil.4/2019 (Siri 2) Kali Ke-229 telah bersetuju;
a. Meluluskan cadangan pemberat baharu dan rubrik baharu bagi penilaian prestasi kakitangan akademik sebagaimana yang dibentangkan.
b. Kaedah ini akan digunakan bermula pada Penilaian LNPT Tahun 2019 dan ianya merupakan tahun percubaan pelaksanaan.
c. Pelaksanaan sepenuhnya akan dijalankan pada tahun kedua iaitu bermula pada Tahun 2020.
d. Kriteria penilaian Kualiti Peribadi akan disemak semula pada fasa yang kedua selepas pelaksanaan pada Tahun 2020.
04. Sehubungan itu, semua kakitangan akademik UMS adalah WAJIB mengisi Sistem e-LNPT Baharu mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Kegagalan berbuat demikian menyebabkan penilaian tidak dapat dilaksanakan dan pihak kami tidak dapat memproses pergerakan gaji tahunan, kenaikan pangkat jika berkaitan, pengesahan jawatan, perlanjutan kontrak dan mempengaruhi urusan pencen serta lain-lain berkaitan perkhidmatan.
05. Oleh kerana tahun 2019 merupakan tahun percubaan pelaksanaan, tiada sebarang penalti atau denda akan dikenakan kepada semua kakitangan akademik yang memperolehi markah di bawah 70%.
Segala perhatian dan kerjasama Y.Brs. Prof./Dr./Tuan/Puan didahului dengan ucapan terima kasih.