Pengumuman Daripada: Fakulti Komputeran  & Informatik

Subjek: FKI IR4.0 Public Lecture Series 2020 

Assalamualaikum wbt/Salam Sejahtera YBrs. Prof./Dr. /Tuan/Puan,

Dengan segala hormat perkara di atas dirujuk.

  1. Adalah dimaklumkan bahawa Fakulti Komputeran & Informatik akan menganjurkan FKI IR4.0 Public Lecture Series 2020. Program ini akan bermula pada bulan Januari 2020 sehingga Julai 2020.

Tarikh: Seperti pada Lampiran (Poster)

Masa: 10.00am-12.00pm

Lokasi: Auditorium, Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi

  1. Sehubungan itu, pihak penganjur berbesar hati untuk menjemput semua warga UMS  untuk hadir ke program tersebut. Pra pendaftaran boleh dibuat melalui pautan ini: https://forms.gle/8PqA7p9ej4otQUsk6

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai program ini boleh menghubungi talian sambungan atau ke alamat emel tertera. Segala kerjasama dan usaha mewar-warkan program ini di peringkat JFPIB  YBrs. Prof./Dr. /Tuan/Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

Pengumuman Daripada: Bahagian Keselamatan UMS

Subjek: Pemakluman Pindaan Kadar Bayaran Pas Keselamatan Pekerja Luar dan Kadar Bayaran Denda Terhadap Pelanggaran Peraturan Pengurusan Keselamatan Pekerja Luar UMS

Lampiran: Pemakluman Pindaan Kadar Bayaran Pas Keselamatan Pekerja Luar dan Kadar Bayaran Denda Terhadap Pelanggaran Peraturan Pengurusan Keselamatan Pekerja Luar UMS (.pdf)

Pengumuman Daripada: Bahagian Sumber Manusia, UMS
Subjek: Pengemaskinian Maklumat Peribadi Kakitangan Di Dalam Sistem HRONLINE v4.0

YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan Bahagian Sumber Manusia (BSM), Jabatan Pendaftar dalam proses pengemaskinian maklumat kakitangan untuk penyelarasan data semasa kakitangan UMS.

  1. Sehubungan itu, semua kakitangan Universiti Malaysia Sabah (UMS) dikehendaki untuk mengemaskini MAKLUMAT PERIBADIdi dalam sistem HROnline v4.0 selewat-lewatnya pada 15 Januari 2020 (Rabu). Sila klik pada pautan url https://registrar.ums.edu.my bagi mengemaskini maklumat ini dan rujuk panduan di bawah untuk langkah pengemaskinian:
  1. Untuk kakitangan berstatus TETAP, maklumat yang dikemaskini akan dianggap muktamad dan digunapakai dalam proses pengemaskinian maklumat kakitangan di dalam Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia (HRMIS), JPA.

  1. Maklumat yang tidak dikemaskini akan memberi kesan kepada Kelayakan Perubatan, Proses Persaraan dan Penilaian Prestasi kakitangan.
  2. Sebarang pertanyaan berkenaan sistem HROnline v4.0 boleh menghubungi En. Jackly bin Mosuning (samb. 1452) / En. Mohd Azwan bin Alleh (samb. 1720)

Perhatian dan kerjasama YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan amat dihargai dan didahului ucapan terima kasih.