Pengumuman Daripada: Pusat Pelaburan, Endowmen dan Wakaf (CIEW)

Subjek: Sumbangan Tabung Wakaf Tunai Pendidikan UMS Menerusi BoostApp

 

YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa sumbangan bagi Tabung Wakaf Tunai Pendidikan UMS kini boleh dilakukan menerusi transaksi BoostApp. Kemudahan ini adalah selaras dengan usaha Kerajaan dalam meningkatkan aktiviti ekonomi digital melalui e-dompet yang menjurus ke arah masyarakat tanpa tunai, serta inovasi yang memudahkan proses dan mempelbagaikan akses kepada para penyumbang, menerusi lima langkah mudah seperti berikut:-

Sebagai makluman, resit rasmi akan diserahkan melalui email sebaik sahaja transaksi wakaf tersebut selesai dilaksanakan. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan dan makluman lanjut, YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan boleh menghubungi talian 088-320000 (1103) ataupun email Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.. Semoga wakaf tunai yang bakal diberikan akan mendapat ganjaran pahala yang berkekalan yang akan mengalir terus kepada pewakaf untuk selama-lamanya, serta memberikan manfaat khususnya kepada UMS dalam menghasilkan sumber manusia, kepakaran dan ahli profesional yang inovatif, relevan, dan lestari.

Sekian dan terima kasih.

Pengumuman daripada: Fakulti Kejuruteraan
Subjek: Symposium Antarabangsa "International Symposium On Carbon And Functional Materials For Energy And Environment (C-MEE 2020)"
 
Penganjur         : FKJ dan FSSA UMS dengan kerjasama Korean Institute of Chemical Engineers, dan Institut Akuakultur Tropika (Akuatrop) Universiti Malaysia Terengganu
Tempat             : Fakulti Kejuruteraan, UMS
Tarikh               : 16 - 18 Januari 2020 

 Pengumuman Daripada        :     Seksyen Pengurusan Inovasi Pusat Pengurusan Penyelidikan Dan Inovasi (Pppi)

Subjek                                :     Pemakluman Pembukaan Permohonan Geran Malaysia Laboratories For Academia-Business Collaboration (Mylab), Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia                        

 

YBrs. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.

 

Dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa semua IPT untuk mengemukakan permohonan geran Malaysia Laboratories for Academia-Business Collaboration (MyLAB). Pembukaan permohonan MyLAB ini akan dilaksanakan secara dua (2) kitaran penilaian sepanjang tahun dan proses penilaian hanya akan dilaksanakan oleh KPM pada bulan Mac dan September setiap tahun.

                                                                                                                                    

Berikut adalah tarikh-tarikh penting berkenaan pembukaan permohonan ini:

 

Bil.

Perkara

Catatan

1.

Pembukaan Permohonan peringkat KPM

-          Dibuka sepanjang tahun (dua kitaran penilaian)

Kitaran Pertama

Tarikh Akhir Penghantaran Peringkat UMS : 31 Januari

Proses Penilaian Peringkat KPM : Bulan Mac

Kitaran Kedua

 

Tarikh Akhir Penghantaran Peringkat UMS : 31 Julai

Proses Penilaian Peringkat KPM : Bulan September

2.

Borang Permohonan & Garis Panduan

Muat turun daripada laman web MyGRANTS: http://mygrants.gov.my/

3.

Penghantaran permohonan ke PPPI

i)      Penilaian peringkat UMS:

-       Dua (2) salinan hardcopy borang & dokumen

 

ii)     Selepas penilaian dan dokumen telah muktamad:

-       Lima (5) salinan hardcopy borang & dokumen lengkap (berdasarkan senarai semak MyLAB) termasuk salinan asal

-       Satu (1) salinan softcopy borang & dokumen dalam CD/Pendrive

4.

Calon Penyelidik bersama

Universiti Swasta & Institut Penyelidikan boleh menjadi ahli kolaborasi projek

5.

Urus Setia PPPI

-       Seksyen Pengurusan Inovasi:

-       No. Samb.: 613803/ 613806/ 613815

 

Sekian, terima kasih.