Pengumuman Daripada : Seksyen Pengurusan Inovasi Pusat Pengurusan Penyelidikan Dan Inovasi (Pppi)
Subjek : Pemakluman Pembukaan Permohonan Geran Public-Private Research Network (Pprn) 2.0 Fasa 1/2020, Kementerian Pendidikan Malaysia (Kpm)
YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,
Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.
Dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan pembukaan permohonan geran Public-Private Research Network (PPRN) 2.0 Fasa 1/2020 bermula pada 21 Januari 2020. Sehubungan itu, penyelidik UMS yang berminat adalah dipelawa untuk mengemukakan permohonan geran tersebut.
Berikut adalah tarikh dan perkara penting berkenaan pembukaan permohonan ini:
BIL. | PERKARA | CATATAN |
1. | Tarikh Pembukaan Permohonan Peringkat KPM | - 21 Januari 2020 – 21 Februari 2020 |
2. | Tarikh Akhir Penghantaran Permohonan Peringkat UMS | 14 Februari 2020 |
3. | Dokumen Permohonan | Dihantar ke Pejabat PPPI dalam bentuk: i) dua (2) set salinan hardcopy ii) satu (1) set salinan softcopy (CD/ Pendrive) |
4. | Urus Setia PPPI | - Seksyen Pengurusan Inovasi: - No. Samb.: 613803/ 613806/ 613815 |
Bersama ini dilampirkan Garis Panduan Pelaksanaan dan Borang Permohonan PPRN 2.0 untuk rujukan dan tindakan selanjutnya di pihak YBrs. Prof./ Dr./ tuan/ puan.
Sekian, terima kasih.