Announcement From    : Research & Innovation Research Centre

Subject                            : Calling for Application: Newton International Fellowship Scheme 2020

Assalamualaikum w.b.t. & Greetings.

 

Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Sir/Madam,

 

On behalf of the British High Commission (BHC) Kuala Lumpur, the Academy of Sciences Malaysia (ASM) is pleased to share the call for the Newton International Fellowships Scheme 2020 delivered by the British Academy.

 

The Newton International Fellowships enable researchers to work for two (2) years at a UK institution with the aim of fostering long-term international collaborations. The Scheme aims to attract the most promising early career postdoctoral researchers from outside the UK in the fields of natural sciences, physical sciences, medical sciences, social sciences and the humanities. This Fellowships Scheme is delivered by the British Academy, Academy of Medical Sciences and the Royal Society, funded through the Newton Fund.

 

Please note that the application deadline is 26 March 2020 (3pm UK time) and the results are expected to be announced in September 2020.

 

For more information and to apply the scheme delivered by the British Academy, please visit https://www.thebritishacademy.ac.uk/funding/newton-international-fellowships . Also attached is the 2020 International Fellowship Scheme Notes for reference.

 

For any queries regarding the Grant please email Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. or contact Ms Cassandra Tam (Cassie), Programme Officer of Newton-Ungku Omar Fund, British High Commission Kuala Lumpur at 03-2170 2203 (DL)/ 03-2170 2200 (GL)/ Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

 

Thank you.

 

 

 

 

 

Pengumuman Daripada : Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar

Subjek: Program Pembangunan Eksekutif Di National Human Resources Development Institute (NHI), Republik Korea

 

Adalah dimaklumkan bahawa, Jabatan Pendaftar mempelawa kakitangan universiti untuk menyertai Program Pembangunan Eksekutif Di National Human Resources Development Institute (NHI), Republik Korea dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Kakitangan yang berminat boleh mengisi borang permohonan melalui http://esilav2.jpa.gov.my

Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dimuat turun dan dicetak untuk dikemukakan ke Jabatan Pendaftar selewat-lewatnya atau pada 31 Januari 2020 (Jumaat).

Sekian, terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi

Subjek: Makluman Pembukaan Sub-Domain Penyelidikan Pendidikan Orang Asli (Domain : Sastera Dan Sastera Ikhtisas) Bagi Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) Tahun 2020 Kepada Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan Universiti Awam

 

YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/Prof./Dr.,

 

MAKLUMAN PEMBUKAAN SUB-DOMAIN PENYELIDIKAN PENDIDIKAN ORANG ASLI (DOMAIN : SASTERA DAN SASTERA IKHTISAS) BAGI SKIM GERAN PENYELIDIKAN FUNDAMENTAL (FRGS) TAHUN 2020 KEPADA INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (IPGM) DAN UNIVERSITI AWAM

 

Dengan segala hormatnya, saya merujuk kepada perkara di atas.

 

2.   Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuka permohonan Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) tahun 2020 pada 6 Januari 2020 hingga 31 Mac 2020.

 

3.     Satu (1) sub-domain penyelidikan baharu telah diwujudkan bagi geran FRGS di bawah domain penyelidikan Sastera dan Sastera Ikhtisas iaitu Pendidikan Orang Asli yang dibuka khusus untuk penyelidik-penyelidik dari Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) serta Universiti Awam. Sehubungan itu, pihak Kementerian ingin mempelawa para penyelidik dari IPGM dan Universiti Awam bagi mengemukakan kertas cadangan penyelidikan berkaitan dengan sub-domain baharu ini.

 

4.      Pihak Kementerian akan memberi pertimbangan bagi permohonan  yang menepati kriteria dan syarat yang ditetapkan berikut :

 

4.1     Institusi :

 

a)  Sub-domain Pendidikan Orang Asli terbuka kepada IPGM dan Universiti Awam sahaja.

 

b)  IPGM dimestikan untuk mengadakan kolaborasi dengan Universiti Awam dan mempunyai penyelidik bersama dari universiti tersebut bagi projek penyelidikan yang dicadangkan (berdasarkan perkara 2.1.5.3, Garis Panduan FRGS Pindaan Tahun 2020).

 

4.2     Penyelidik :

 

a) Bagi Ketua Projek dari Universiti Awam, dimestikan untuk mempunyai sekurang-kurangnya dua (2) orang penyelidik bersama dari IPGM.

 

b)   Bagi Ketua Projek dari IPGM, dimestikan untuk mempunyai penyelidik bersama dari Universiti Awam.

 

4.3    Bagi projek yang diketuai oleh penyelidik IPGM, penyaluran peruntukan kewangan bagi permohonan yang berjaya di bawah sub-domain Pendidikan Orang Asli akan disalurkan kepada Universiti Awam yang terlibat dalam kolaborasi. Penyelidik dari Universiti Awam ini perlu diletakkan sebagai penyelidik bersama kedua dalam sistem MyGRANTS.

 

5.   Sehubungan itu, perhatian dan kerjasama pihak YBhg. Tan Sri/Datuk/ Dato’/Prof./Dr. adalah dimohon untuk memaklumkan pembukaan sub-domain penyelidikan baharu ini kepada semua penyelidik di Institusi masing-masing. Pihak Institusi adalah diingatkan untuk memastikan semua permohonan yang lengkap dan berkualiti dihantar secara atas talian menggunakan sistem MyGRANTS mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Permohonan yang dikemukakan haruslah berdasarkan Garis Panduan FRGS (Pindaan Tahun 2020) dan Dokumen Tadbir Urus Dana Penyelidikan KPM yang berkuat kuasa. Kementerian berhak untuk menolak mana-mana permohonan yang gagal untuk mematuhi syarat dan  kriteria yang telah ditetapkan.

 

6.       Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, pihak YBhg. Tan Sri/Datuk/ Dato’/Prof./Dr. boleh menghubungi pegawai di Kementerian ini di talian 03-8870 6974/6975. Kerjasama dan perhatian YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/ Prof./Dr. berhubung perkara ini amatlah dihargai.

 

Sekian, terima kasih.

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

Saya yang menjalankan amanah,

(DATO’ PROF. IR. DR. MOHD SALEH JAAFAR)

Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (Akademik dan Pembangunan)

 

Jabatan Pendidikan Tinggi

Kementerian Pendidikan Malaysia

Pengumuman Daripada : Bahagian Pengurusan Kualiti (BPQ), Jabatan Pendaftar
Subjek :  Sistem E-Respon