Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan EcoCampus
Subjek: Takwim Kempen Kitar Semula UMS 2020
Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan EcoCampus
Subjek: Takwim Kempen Kitar Semula UMS 2020
Pengumuman Daripada: Kelab Sukarelawan Pacuan Empat Roda Universiti Malaysia Sabah / Universiti Malaysia Sabah Four Wheel Drive Volunteer Club (Ums 4wdvc)
Subjek: Makluman Mesyuarat Agung Ums 4wdvc Kali Ke-3
Y.Bhg. Prof. Datuk / Dr. / Tuan / Puan,
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Kelab Sukarelawan Pacuan Empat Roda Universiti Malaysia Sabah atau Universiti Malaysia Sabah Four Wheel Drive Volunteer Club (UMS 4WDVC) adalah kelab yang didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966 dengan no. pendaftaran PPM-067-12-20012016. Selaras dengan Perlembagaan UMS 4WDVC, Fasal 7 perkara (3), Mesyuarat Agung Dwi Tahunan bagi pertubuhan hendaklah diadakan dalam tempoh 24 bulan daripada tarikh Mesyuarat Agung Dwi Tahunan terakhir pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa.
Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung UMS 4WDVC Kali Ke-3 yang akan diadakan seperti butiran berikut;
Tarikh : 28 Februari 2020 (Jumaat)
Masa : 2.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan
Agenda Mesyuarat;
Sehubungan itu, semua ahli UMS 4WDVC adalah dimohon hadir dalam mesyuarat berkenaan. Bersama ini disertakan Kertas Penamaan Calon Ahli Jawatankuasa dan Kertas Cadangan Usul Mesyuarat Agung untuk tindakan Y.Bhg. Prof. Datuk / Dr. / Tuan / Puan. Mohon maklum balas Y.Bhg. Prof. Datuk / Dr. / Tuan / Puan bagi kedua kertas berkenaan sebelum 24 Februari 2020 melalui emel Setiausaha Kelab iaitu Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..
Kepada kakitangan UMS atau orang awam yang berminat menyertai kelab ini, Y.Bhg. Prof. Datuk / Dr. / Tuan / Puan boleh mengisi borang permohonan keahlian yang disertakan bersama. Maklumat syarat keahlian, yuran dan perlembagaan kelab juga turut disertakan sebagai rujukan.
Sekian dan harap maklum.
Yang ikhlas,
MOHD ZAIDIE ADILAI
Setiausaha
Kelab Sukarelawan Pacuan Empat Roda Universiti Malaysia Sabah (UMS 4WDVC)
Tel: 088 320000 samb. 612003
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
PENGUMUMAN
PERPUSTAKAAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
WAKTU PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN INDUK SEMASA CUTI SEMESTER I SESI 2019/2020 BERMULA 20 JANUARI 2020 – 09 FEBRUARI 2020 ADALAH SEPERTI KETETAPAN BERIKUT:
ISNIN – JUMAAT : 8:30 PAGI – 5:00 PETANG
SABTU : 9:30 PAGI – 1:00 PETANG
AHAD & CUTI AM : TUTUP
ANNOUNCEMENT
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH LIBRARY
MAIN LIBRARY OPENING HOURS DURING SEMESTER I BREAK, 2019/2020 SESSION FROM 20 JANUARY 2020 – 09 FEBRUARY 2020 AS FOLLOW:
MONDAY – FRIDAY : 8:30 AM – 5:00 PM
SATURDAY : 9:30 AM – 1:00 PM
SUNDAY & PUBLIC HOLIDAY : CLOSED
PENGUMUMAN DARIPADA : SEKRETARIAT HELWA PIUMS
AKTIVITI : JEMPUTAN MENYERTAI PROGRAM USRAH NURANI SIRI 1/2020
Terma Pengguna | Penafian | Dasar Privasi | Polisi Keselamatan | Dasar Hak Cipta | Paparan Terbaik 1366x768