PENGUMUMAN DARIPADA: JABATAN PEMBANGUNAN DAN PENYELENGGARAAN
SUBJEK: PELUPUSAN ASET ALIH DI JABATAN PEMBANGUNAN DAN PENYELENGGARAAN SECARA JUALAN LELONG
 
YBrs./Tuan/Puan,
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
Sukacita dimaklumkan, pihak Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan (JPP) akan mengadakan pelupusan aset alih secara jualan lelong pada ketetapan yang berikut:
 
Tarikh            :           15 April 2019 (Isnin)
Masa              :           9.00 pagi – 12.30 tengahari
Tempat          :           Bilik Mesyuarat Pengurusan, JPP
 
Bersama surat ini disertakan Kenyataan Jualan Lelongan Aset Alih (KEW.PA-27 dan KEW.PA-27(A) sebagai rujukan Y.Brs/tuan/puan. Pihak JPP berbesar hati agar perkara ini dapat dihebahkan kepada seluruh warga UMS dan orang awam. Sebarang makluman atau pertanyaan lanjut bolehlah berhubung dengan En. Zulhazwan bin Salim ditalian sambungan 8701 atau 012-8243085.
 
Perhatian dan bantuan Y.Brs/tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
 
Sekian.
 
"KESELESAAN ANDA KEUTAMAAN KAMI"

PENGUMUMAN DARIPADA: KEKAUMAS
SUBJEK: PROGRAM BICARA SANTAI BERSAMA SDR. SYAMSUL DEBAT
 
TENTATIF PROGRAM
PROGRAM BICARA SANTAI BERSAMA SDR. SYAMSUL DEBAT ANJURAN KESATUAN KAKITANGAN SEKERJA UMS (KEKAUMAS) BERSAMA BAHAGIAN SUMBER MANUSIA, JABATAN PENDAFTAR
 
28 MAC 2019 (khamis)
GALERI, UMS
 
1.00 – 2.20petang     : Pendaftaran dan Ketibaan Kakitangan
                                    Jemputan
2.25petang                : Ketibaan Pendaftar UMS
                                    Puan Vina Zahriani Yusof
2.30 petang               : Bacaan Doa
                                     Program Bicara Santai bersama Saudara
                                     Syamsul Debat bermula
                                   : Soal Jawab
4.30 petang                :  Majlis Dijangka Selesai
 
Sebarang Pertanyaan Lanjut :  Puan Norhana Bte Nordin
                                                     4200 / 016-9249979