PENGUMUMAN DARIPADA : BAHAGIAN SUMBER MANUSIA
SUBJEK : MAKLUMAN BERKAITAN KURSUS DALAMAN DAN LUARAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
 
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Y.Brs. Prof. Dr./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan,
 
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
2.    Adalah dimaklumkan, Bahagian Sumber Manusia (BSM), Jabatan Pendaftar dalam proses pengemaskinian sistem IDP kakitangan universiti. Ini selaras dengan penstrukturan sistem IDP  bagi semua kakitangan universiti bermula pada tahun 2019.
 
3.    Sehubungan itu, semua permohonan kursus dalaman dan luaran secara online ditangguhkan sehingga penstrukturan ini siap sepenuhnya dan dijangka akan dibuka semula pada Februari 2019. Walaubagaimanapun, kursus dalaman telah berjalan seperti biasa di mana peserta adalah dipilih oleh pihak Urus Setia di Sektor Pembangunan Sumber Manusia mengikut kesesuaian kursus yang dijalankan.
 
4.    Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, pihak Y.Brs. Prof.Dr./Dr./Tuan/Puan boleh menghubungi pegawai berikut :
 
NAMA PEGAWAI
NO. SAMBUNGAN
CATATAN
Pn. Hayati Salleh Baihaki
1437
Unit Latihan Akademik
Pn. Erna Jeferin
1327
Unit Latihan Akademik
En. Adrian Amatus
1132
Unit Latihan Akademik
En. Mohd. Aiddy Suffian Abd. Rashid
1042
Unit Latihan Pentadbiran
En. Mohd Nizam Abd Mutallib
1525
Unit Latihan Pentadbiran
En. Sufiyan Bin Ali Hussin
1036
Unit Latihan Pentadbiran
 
Perhatian dan kerjasama pihak Y.Brs. Prof. Dr./Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ribuan terima kasih.

PENGUMUMAN DARIPADA : JABATAN PERPUSTAKAAN
SUBJEK : KEPUTUSAN PERTANDINGAN FOTOGRAFI “MY READING MOMENT @UMS”, PERPUSTAKAAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
 
TEMPAT PERTAMA
 
 
 MAKLUMAT GAMBAR
NAMA PESERTA    :    Yan Binti Musah
TAJUK                   :    The More We Share, The More We Get
LOKASI                 :     Aras Bawah, Perpustakaan Kampus Kota Kinabalu, Sabah
 
 
TEMPAT KEDUA
 
 
MAKLUMAT GAMBAR
NAMA PESERTA    :    Rosedawati Binti Roslan
TAJUK                   :    Reading Is Everywhere and Everytime
LOKASI                 :     Aras Bawah, Perpustakaan Kampus Kota Kinabalu, Sabah
 
 
TEMPAT KETIGA
 
 
 
MAKLUMAT GAMBAR
NAMA PESERTA    :    Sainah Binti Mustakim
TAJUK                   :    Riadah Bersama Cucunda Tersayang Bukan Penghalang Saat Indahnya Membaca Sambil Dibuai Angin Pantai Yang Nyaman Menyapa Pipi
LOKASI                 :     Pantai ODEC, Universiti Malaysia Sabah
 
 
"Terima kasih diucapkan kepada seluruh warga Universiti Malaysia Sabah yang telah menyokong dan menyertai pertandingan ini".