PENGUMUMAN DARIPADA : BAHAGIAN SUMBER MANUSIA
SUBJEK : PERMOHONAN KEMUDAHAN PERLINDUNGAN INSURANS KESIHATAN KE LUAR NEGARA ATAS URUSAN RASMI TIDAK DAPAT DIPROSES SEHINGGA SURAT RASMI PELANTIKAN DARIPADA JABATAN PERKHIDMATAN AWAM DIKELUARKAN
 
YBrs. Prof./Dr./ Tuan/Puan,
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
2. Untuk makluman, permohonan kemudahan perlindungan insurans kesihatan ke luar negara atas urusan rasmi buat masa ini tidak dapat diproses dan masih menunggu surat rasmi daripada Jabatan Perkhidmatan Awam berhubung kontrak insurans perjalanan bagi semua kakitangan kerajaan sehingga dimaklumkan kelak.
 
3. Walau bagaimanapun, Bahagian Sumber Manusia mencadangkan YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan  menghubungi agent insurans Syarikat Gabungan Baiduri Sdn Bhd jika perlukan insurans perjalanan atas tanggungan sendiri atau mana-mana agent insurans di Malaysia dan mengikut peraturan-peraturan seperti berikut:
 
    a.    Secara tuntutan bayaran balik (reimbursement) di mana pegawai hendaklah mendahulukan bayaran premium dan kemudian menuntut balik bayaran berkenaan  bersertakan dokumen lengkap resit, salinan sijil insurans/ polisi.
    b.    Kadar premium yang ditetapkan adalah terhad kepada karad premium mengikut negara dilawati seperti di Lampiran A; dan
    c.    Pegawai yang membuat tuntutan bayaran balik premium dianggap telah menggunakan kemudahan perlindungan insurans kesihatan kepada pegawai Perkhidmatan Awam yang berada di luar negara/negara ketiga atas urusan persendirian bagi tahun 2019.
    c.    Ketua Jabatan hendaklah memastikan pegawai diwajibkan mengambil perlindungan insurans kesihatan atas tanggungan sendiri sebelum boleh dibenarkan ke luar negara atas urusan persendirian.
 
Jika YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan ingin mendapatkan perlindungan insurans daripada Syarikat Gabungan Baiduri Sdn Bhd  boleh menghubungi terus wakil insurans seperti maklumat berikut:
 
Cik Rasyidah
Gabungan Baiduri Sdn Bhd
2-1-04 d'Vida, Jalan Bazar U8/101
Bukit Jelutong
40150 Shah Alam, Selangor
Phone : 03-7848 1111 03-5879 8163/64/65, 013-2615000 , D/Line : 03-7848 1090
Fax : 03-5879 8167 / 03-7734 7270
email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 
Segala perhatian dan kerjasama YBrs.Prof./Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
 
Lampiran(.pdf)

PENGUMUMAN DARIPADA : PUSAT PENGURUSAN  PENYELIDIKAN DAN INOVASI
SUBJEK : JEMPUTAN UNTUK MENYERTAI KURSUS JARAK JAUH SECARA ATAS TALIAN (DISTANCE LEARNING) ANJURAN WIPO BAGI TAHUN 2019
 
YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.
 
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak WIPO Academy telah membuka pendaftaran kepada ahli TISC untuk menyertai kursus jarak jauh secara atas talian (Distance Learning) bagi tahun 2019. Dibawah kerjasama TISC, pihak WIPO akan menanggung kos pendaftaran dengan memberikan biasiswa bagi setiap kursus yang berjaya disertai. Tiada had kuota bagi pendaftaran peserta, namun penyertaan tertakluk kepada kelulusan pihak WIPO dan setiap peserta hanya boleh mengambil maksima 2 kursus dalam satu masa.
 
Sehubungan itu,  YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan adalah di alu-alukan untuk mendaftar bagi menyertai program tersebut dan memaklumkan kepada pihak PPPI sekiranya telah mendaftar. Turut dimaklumkan bahawa, YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan adalah dimohon untuk memberikan komitmen serta menghabiskan latihan sekiranya memilih untuk meyertai latihan tersebut. Kursus tesebut akan berlangsung secara online dan diakhir kursus akan diadakan Peperiksaan (Objektif/ Subjektif). Setiap peserta yang menamatkan peperiksaan dengan jayanya akan diberikan Sijil Penyertaan (Digital) oleh pihak WIPO.
 
YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan hendaklah melengkapkan borang WAJIB di laman web WIPO, https://welc.wipo.int/index_en.php. Bagi memudahkan pendaftaran, sila rujuk Lampiran 1 untuk Tatacara Pendaftaran serta Lampiran 2 untuk maklumat berhubung IP Office dan Director of IP Office. YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan adalah dinasihatkan untuk mendaftar awal sekiranya berminat memandangkan tempat adalah terhad.
 
Jadul Latihan kursus Distance Learning serta tarikh mula berkursus boleh didapati melalui laman sesawang https://welc.wipo.int/acc/index.jsf. Sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai-pegawai berikut:
 
1.    Pegawai TISC Malaysia : Puan Nor Shafiza Md. Isa, Tel; 03-2299 8589 / En. Mohamed Ikhwan bin Shadzul Bakri, Tel; 03-2299 8481 atau melalui Emel; Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 
2.    Urusetia TISC UMS : Prof. Madya Dr. Homathevi Rahman (No. samb: 613803, Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)/ Pn. Rozaidah Amir Hussein (No. samb: 613806, Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)
 
Sekian, terima kasih.
 

PENGUMUMAN DARIPADA : PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI
SUBJEK : MAKLUMAN PEMBUKAAN PERMOHONAN HUBERT CURIEN PARTNERSHIP – HIBISCUS (PHC-HIBISCUS) TAHUN 2019
 
 
Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.
 
2.      Untuk makluman YBhg.Tan Sri/Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan, Malaysia Partnerships and Alliances in Research (MyPAIR) merupakan inisiatif KPM dalam mengukuhkan penyelidikan Malaysia melalui kerjasama penyelidikan bersama industri dan antarabangsa. Kerjasama penyelidikan yang dilaksanakan di bawah MyPAIR merupakan pelaksanaan projek secara bersama dengan rakan kerja daripada sektor industri mahu pun antarabangsa. Kerjasama penyelidikan dicapai melalui perkongsian kepakaran, sumber, peralatan dan infrastruktur dalam pelaksanaan aktiviti penyelidikan.
 
3.      Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) dengan kerjasama Ministry of Europe and Foreign Affairs (MEAE) dan Ministry of National Education, Higher Education and Research (MESRI) Perancis telah bersetuju untuk melaksanakan Hubert Curien Partnership – Hibiscus (PHC-Hibiscus) di bawah program MyPAIR. Permohonan PHC-Hibiscus Tahun 2019 akan dibuka mulai 1 Februari 2019 sehingga 15 Mac 2019 melalui Malaysia Greater Research Network Systems (MyGRANTS).
 
4.      Pihak universiti adalah dipohon untuk mengambil perhatian akan perkara-perkara berikut:
 
4.1. Permohonan hendaklah dilaksanakan melalui MyGRANTS;
4.2. Permohonan perlu diisi dalam Bahasa Inggeris;
4.3. Penyelidik perlu memasukkan senarai penyelidik bersama dari Perancis dalam permohonan yang dikemukakan;
4.4. Syarat permohonan dan peraturan kewangan perlu dirujuk kepada Garis Panduan PHC-Hibiscus yang disertakan; dan
4.5. Permohonan perlu diperaku oleh Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) dan dimajukan kepada urus setia melalui MyGRANTS sebelum atau pada15 Mac 2019 jam 11.59 malam (Jumaat).
 
5.      Bersama-sama ini dikemukakan garis panduan bagi permohonan PHC-Hibiscus Tahun 2019. Kerjasama dan perhatian YBhg.Tan Sri/Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai.
 
Sekian, terima kasih.
 
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
 
Saya yang menjalankan amanah,
 
 ---------------T.T-----------------
(PROF. DR. RAHA BINTI ABDUL RAHIM)
Pengarah
Bahagian Perancangan Kecemerlangan IPT
b.p. Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi
Jabatan Pendidikan Tinggi
Kementerian Pendidikan Malaysia
 
 
 
 
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada pegawai-pegawai berikut:
1.) Puan Siti Fazlina Mohd Sani : 03-8870 6959
2.) Puan Nur Farahin Fazira Mohd Munim : 03-8870 6968
 
Unit Pengurusan Penyelidikan
Bahagian Perancangan Kecemerlangan IPT
Jabatan Pendidikan Tinggi
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 7, No. 2, Menara 2,
Jalan P5/6, Presint 5,
62200 Putrajaya
No. Tel: 03-8870 6974/ 6975
No. Faks: 03-8870 6867
 
 

PENGUMUMAN DARIPADA : BAHAGIAN SUMBER MANUSIA
SUBJEK : KAJI SELIDIK DARJAH KEGEMBIRAAN KAKITANGAN UMS TAHUN 2019
 
Assalamualaikum / Salam Sejahtera,
 
Sukacita dimaklumkan bahawa kaji selidik darjah kegembiraan untuk tahun 2019 kini boleh diakses melalui pautan berikut;
 
 
Semua warga UMS dijemput untuk mengisi kaji selidik ini. Kegembiraan anda keutamaan kami.
 
Terima kasih.
 
****************************************************************************************************
 
ARE YOU HAPPY WORKING IN UMS?
"Your Happiness Is Our Priority"
 
Please answer the UMS Happiness Index survey through this link : https://hronline.ums.edu.my/happiness
 
1 IDP Point will be given.
 
Thank you.