PENGUMUMAN DARIPADA : BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN GOVERNAN
SUBJEK : MAKLUMAN PENJENAMAAN SEMULA UNIT TERJEMAHAN UMS KEPADA UNIT TERJEMAHAN DAN SUNTINGAN UMS / UMS TRANSLATION AND EDITING UNIT (UTUMS)
 
Dengan segala hormatnya dirujuk perkara tersebut di atas.
 
2.  Sukacita dimaklumkan bahawa, Mesyuarat Pihak Berkuasa Pengurusan Universiti, Bil. 1/2019 (Siri 2) Kali Ke-226 pada 30 Januari 2019 telah meluluskan penjenamaan semula Unit Terjemahan UMS kepada Unit Terjemahan dan Suntingan UMS /UMS Translation and Editing Unit (UTUMS).
    
3.  Sehubungan itu, sebarang urusan rasmi hendaklah menggunapakai nama baharu seperti dinyatakan di atas.
 
Segala perhatian dan kerjasama YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian.
 

PENGUMUMAN DARIPADA : PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI
SUBJEK : PEMBUKAAN PERMOHONAN UNTUK MENDAPATKAN GERAN BANTUAN PENYELIDIKAN PASCASISWAZAH (UMSGreat) FASA 1/2019
 
 
Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan untuk Geran Bantuan Penyelidikan Pascasiswazah (UMSGreat) Fasa 1/2019 telah dibuka.
 
Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan adalah dipelawa untuk mengemukakan permohonan masing-masing menerusi Sistem Maklumat Penyelidikan, http://ppi.ums.edu.my/SMPPPI/default.aspx  dan mengambil perhatian ke atas tarikh-tarikh penting seperti yang berikut:
 
Tarikh Mula
Tarikh Akhir
Perkara
Tindakan
8 Februari 2019
31 Mac 2019
Tempoh Pengisian Permohonan dalam Sistem Maklumat Penyelidikan (SMPPPI)
Pemohon
1 April 2019
5 April 2019
Tempoh Semakan dan Perakuan
  1.  
8 April 2019
12 April 2019
Tempoh Penilaian Permohonan
Jawatankuasa Induk UMSGreat
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Dilampirkan bersama adalah Garis Panduan UMSGreat dan borang penilaian pembentangan kertas cadangan penyelidikan (proposal defense). Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi pihak Urus Setia (u.p.: Pn. Jumawati Catacutan / Cik Ruzita Mohammad) di talian telefon (samb.) 613811 / 613825.
 

PENGUMUMAN DARIPADA : BAHAGIAN PENGURUSAN KUALITI
SUBJEK : KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (Jun - Disember 2018)
 
Sukacita bahawa pihak Bahagian Pengurusan Kualiti (BPQ) Jabatan Pendaftar melanjutkan tempoh pengisian Borang Kajian Kepuasan Pelanggan UMS ini sehingga 21 Februari 2019. Sehubungan itu, mohon jasa baik YBrs. Prof.Dr./Tuan/Puan untuk mengisi maklum balas di borang yang telah disediakan. Terima kasih.