PENGUMUMAN DARIPADA : JAWATANKUASA INDUK EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
SUBJEK : AUDIT DALAMAN EKSA UMS
 
PEGAWAI DIHUBUNGI : ENCIK SAMSUIDIN NURDIN (013-854 7078) CIK NUR AMIR AZLIN BT AMIR (013-818 6261) PUAN NURUL IZZA BINTI MD NORDIN (013-850 0362) ENCIK EFFANDY MOHD HATTA (013-275 5967)
 
 
AUDIT DALAMAN EKSA UMS
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2.  Sukacita dimaklumkan bahawa Audit Dalaman EKSA akan berlangsung pada ketetapan seperti berikut :
Tarikh   :  18- 27 Februari 2019
 
3. Untuk makluman, Audit Dalaman EKSA ini adalah sebagai pemantauan pematuhan kepada garis panduan EKSA UMS dan juga sebagai persediaan ke arah Pensijilan Semula EKSA UMS.
 
4.   Sehubungan itu, dimohon kerjasama semua Ketua Jabatan di Jabatan/Fakulti/Pusat/Institut/Bahagian agar dapat memastikan persediaan kepada audit dalaman ini adalah mengikut Garis Panduan EKSA UMS yang telah diedarkan.

PENGUMUMAN DARIPADA : JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
SUBJEK : MAKLUMAN KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN INFRASTRUKTUR RANGKAIAN DI BANGUNAN JTMK
 
TUJUAN : Penyelenggaraan perkakasan rangkaian di Bilik Telekomunikasi, JTMK.
 
TARIKH : 13 Februari 2019 (Rabu)
 
MASA : 6.30 Malam – 7:30 Malam
 
Sepanjang tempoh kerja-kerja penyelenggaraan ini, capaian internet akan mengalami gangguan namun perkhidmatan sistem aplikasi dalaman UMS masih boleh di akses melalui rangkaian UMS.
 
Segala kesulitan amatlah dikesali.