PENGUMUMAN DARIPADA: EXCO KEBAJIKAN, KHIDMAT SOSIAL DAN ADUAN PERSATUAN MAHASISWA PERNIAGAAN, EKONOMI DAN PERAKAUNAN.

SUBJEK: BANTUAN TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR YANG DITAWARKAN OLEH JABATAN HAL EHWAL PELAJAR UMS

 

Makluman kepada Mahasiswa/i , berikut merupakan bantuan yang ditawarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar UMS.

??Bantuan Am(MyCare).
??Bantuan Tabung Kebajikan Pelajar.
??Bantuan Pinjaman Jangka Pendek.

Bagi pertanyaan lanjut, sila hubungi Exco Kebajikan, Khidmat Sosial dan Aduan PMPEP atau Exco Kebajikan bagi jurusan masing-masing.

PENGUMUMAN DARIPADA: PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI (PPPI) 
 
SUBJEK: PEMAKLUMAN PENGANJURAN MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN PERTANDINGAN PENYELIDIKAN DAN REKACIPTA (PEREKA) TAHUN 2018 DAN ANUGERAH PENYELIDIK UMS BAGI TAHUN 2017 (APUMS 2017)
 
YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
PEMAKLUMAN PENGANJURAN MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN PERTANDINGAN PENYELIDIKAN DAN REKACIPTA (PEREKA) TAHUN 2018 DAN ANUGERAH PENYELIDIK UMS BAGI TAHUN 2017 (APUMS 2017)
 
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
2.       Adalah dimaklumkan bahawa penganjuran Majlis Perasmian Penutupan Pertandingan Penyelidikan dan Rekacipta (PEREKA) bagi tahun 2018 akan digabungkan bersama Anugerah Penyelidik UMS bagi tahun 2017 (APUMS 2017) yang akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:-
 
          Tarikh            :     25 Oktober 2018 (Khamis)
            Masa              :     2.30 petang
            Tempat          :     Kompleks Dewan Kuliah Pusat Ke-2
 
3.       Penerima Anugerah Penyelidik UMS akan dijemput untuk menghadiri majlis ini. Manakala penerima penghargaan akan disampaikan oleh Dekan/Pengarah di peringkat Fakulti/Pusat/Institut masing-masing.
 
Sekian, terima kasih.
 
Yang ikhlas,
PROF. MADYA DR. NORMAH AWANG BESAR @ RAFFIE
 
 

PENGUMUMAN DARIPADA: BAHAGIAN PERUNDANGAN DAN INTEGRITI, JABATAN PENDAFTAR UMS
SUBJEK: JEMPUTAN KE SESI PERKONGSIAN UNDANG-UNDANG: “INILAH WASIAT YANG TERAKHIR”
ATUR CARA SESI PERKONGSIAN UNDANG-UNDANG: “INILAH WASIAT YANG TERAKHIR”
 
Tarikh     :       30 Oktober 2018 (Selasa)
Masa       :       8.30 pagi – 4.30 petang
Tempat   :      Galeri Majlis, Aras 3, Bangunan Canselori, UMS
 
8.30 pagi        :    Pendaftaran
 
8.50 pagi        :    Ketibaan Pegawai Utama
 
8.55 pagi        :    Ketibaan Naib CanselorUMS
 
9.00 pagi       :       Sesi 1
                              Civil Inheritance Law
                              (oleh: Messrs Jayasuriya Kah & Co.)
                               Sesi Soal Jawab
10.40 pagi      :       Rehat/ Minum pagi
 
11.00 pagi      :       Sesi 2
                               Islamic Inheritance Law (Syariah)
                               (oleh: Jabatan Bantuan Guaman Sabah)
                               Sesi Soal Jawab
 
12.40 t/hari       :       Rehat
 
2.00 petang       :   Sesi 3
                              Pentadbiran Pusaka
                              Pengurusan Amanah
                              Perkhidmatan Wasiat
                              (oleh: Amanah Raya Berhad)
                              Sesi Soal Jawab
 
4.15 petang    :       Minum petang
 
4.30 petang    :       Selesai

Pengumuman daripada

:

Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Malaysia Sabah

Perkara

:

Jom Bersihkan Pantai UMS

bersama Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan & HUMS

Pegawai Dihubungi

:

Encik Hasmi Hashim (013-856 8987)

Encik Norfarid Irfan bin Mohd Subri (019-941 0993)

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua warga UMS,

Sukacita dimaklumkan bahawa anda semua adalah dijemput hadir bagi memeriahkan lagi aktiviti Jom Bersihkan Pantai UMS mengikut ketetapan berikut:

Tarikh : 24 Oktober 2018 (Rabu)

Masa   : 4:15 petang

Tema Pakaian : Pakaian Sukan/ bersesuaian

Sekian, terima kasih