Pengumuman Daripada: Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar
Kepada: Semua Staf Pentadbiran Universiti Malaysia Sabah
Subjek: Peringatan Untuk Memohon Borang Laporan Penilaian Prestasi (LPP) Tahun 2018 Dalam Sistem e-LNPT
 
Tuan/Puan,
 
PERINGATAN UNTUK MEMOHON BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI (LPP) TAHUN 2018 DALAM SISTEM e-LNPT
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
02. Berdasarkan semakan kami, masih terdapat kakitangan pentadbiran UMS yang belum memohon borang LPP bagi tahun 2018. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan pegawai penetap di setiap JFPIB tidak dapat menetapkan Pegawai Penilai Pertama (PPP) dan Pegawai Penilai Kedua (PPK).
 
03. Sehubungan itu, mohon kerjasama tuan/puan agar memohon borang LPP tersebut bagi membolehkan penetapan PPP dan PPK dapat dilaksanakan.
 
Perhatian tuan/puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
 
SEKSYEN PERKHIDMATAN
UNIT PERHUBUNGAN PEKERJA DAN PRESTASI
BAHAGIAN SUMBER MANUSIA
JABATAN PENDAFTAR
 
Pegawai dihubungi:
1. Pn. Carrie Grace Jaymess (No. Samb. 4157)
2. Pn. Sabiah Bansai (No. Samb. 1173)

PENGUMUMAN

PERPUSTAKAAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

 

 

Pengguna Perpustakaan yang dihormati, Untuk Makluman Perkhidmatan Perpustakaan akan ditutup pada ketetapan  berikut:-

 

22 Ogos 2018 –   Hari Raya Aidiladha (Rabu)

31 Ogos 2018 -     Hari Kemerdekaan (Jumaat)

 

 

 

Untuk Perkhidmatan yang berterusan sila layari laman web Perpustakaan UMS seperti berikut:

 

  http://library.ums.edu.my

atau ezproxy.ums.edu.my/login

 

*Pihak Perpustakaan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha dan Hari Kemerdekaan*