PENGUMUMAN DARIPADA: PUSAT MINDA LESTARI
SUBJEK: MAKLUMAN IKLAN PERMOHONAN MENGIKUTI PROGRAM TASKA, PROGRAM TADIKA, PROGRAM DAYCARE DAN TRANSIT, PUSAT MINDA LESTARI (PML) BAGI SESI KEMASUKAN JANUARI 2018
 
SEMUA KAKITANGAN
UNIVERSITI MALASYIA SABAH
 
Tuan/Puan,
 
MAKLUMAN IKLAN PERMOHONAN MENGIKUTI PROGRAM TASKA, PROGRAM TADIKA, PROGRAM DAYCARE DAN TRANSIT, PUSAT MINDA LESTARI (PML) BAGI SESI KEMASUKAN JANUARI 2018
 
Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa PML mempelawa kakitangan Universiti Malaysia Sabah yang berminat untuk menghantar anak-anak mengikuti program-program yang ditawarkan seperti berikut;
 
Bil.
Program
Untuk peringkat Umur
Bilangan Kekosongan
Catatan
1.
Taska
3 bulan (bawah umur 1 Tahun)
12
Penempatan kanak-kanak sedia ada adalah tidak terjamin. Semua ibu bapa/penjaga wajib mengemukan permohonan baharu.
1 Tahun
12
2 Tahun
20
3 Tahun
40
2.
Tadika
4 Tahun
36
Pengisian akan ditapis daripada permohonan kanak-kanak dari program taska (umur 3 tahun sebelum ini).
5 Tahun
2
Kekosongan amat terhad kerana pengisian adalah secara tawaran terus kepada murid-murid sedia ada yang sebelum ini berumur 4 dan 5 tahun.
6 Tahun
1
3.
Daycare
4 Tahun
21
Kekosongan amat terhad kerana pengisian adalah secara tawaran terus kepada murid-murid sedia ada.
5 Tahun
0
6 Tahun
1
4.
Transit
7 Tahun
6
 
8 Tahun
4
 
9 Tahun
5
 
 
2.       Borang permohonan boleh didapati di Pejabat Am, Pusat Minda Lestari mulai 17 November 2017 (Jumaat) pada masa pejabat. Tarikh tutup permohonan adalah pada 24 November 2017 (Jumaat), jam 4.00 petang. Sila maklum bahawa borang yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian 320000 sambungan 5103.
 
Sekian dan terima kasih.
 
 
         
 

Pengumuman Daripada
: Seksyen Governan, Bahagian Pentadbiran dan Governan, Jabatan Pendaftar
Subjek
Iklan Kekosongan Jawatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
 
SEMUA STAF AKADEMIK
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
 
YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI) DI UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)
 
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
 
2.       Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mempelawa staf akademik yang berminat bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut di atas, dengan mengemukakan:
 
  1. Surat permohonan;  
  2. Ringkasan Curriculum Vitae (CV) seperti di Lampiran A;
  3. Key Performance  Indicators (KPI) dan ringkasan mengenai perancangan sekiranya dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) USIM;
  4. Sekeping gambar terkini berukuran pasport;
  5. Dokumen-dokumen sokongan; dan
  6. Sokongan Ketua Jabatan.

 

3.    Tarikh tutup permohonan adalah pada 23 November 2017 (Khamis). Bersama ini dilampirkan hebahan iklan berkaitan untuk perhatian YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan selanjutnya.
 
Kerjasama YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan mengenai perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian.
 
Yang ikhlas,
  
NORLINA KAMIS
Penolong Pendaftar
Seksyen Governan
Bahagian Pentadbiran dan Governan
Jabatan Pendaftar
b.p Pendaftar
 
Iklan USIM (.pdf)

Pengumuman Daripada: Kelab Surirumah dan Staf Wanita Universiti Malaysia Sabah (KESUMBA) 
Subjek: Bengkel Tahsin Solat (Wanita) : "Teori dan Praktikal"
Kepada: Puan Norazah Hamzah (019-8701712), Ustazah Noorisah Taljid (013-8306744)