- Jumlah paparan: 1448
IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI) DI UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)
Pengumuman Daripada | : Seksyen Governan, Bahagian Pentadbiran dan Governan, Jabatan Pendaftar |
Subjek | : Iklan Kekosongan Jawatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) |
SEMUA STAF AKADEMIK
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/ Puan,
IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI) DI UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mempelawa staf akademik yang berminat bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut di atas, dengan mengemukakan:
- Surat permohonan;
- Ringkasan Curriculum Vitae (CV) seperti di Lampiran A;
- Key Performance Indicators (KPI) dan ringkasan mengenai perancangan sekiranya dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) USIM;
- Sekeping gambar terkini berukuran pasport;
- Dokumen-dokumen sokongan; dan
- Sokongan Ketua Jabatan.
3. Tarikh tutup permohonan adalah pada 23 November 2017 (Khamis). Bersama ini dilampirkan hebahan iklan berkaitan untuk perhatian YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/ Puan selanjutnya.
Kerjasama YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/ Puan mengenai perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
Yang ikhlas,
NORLINA KAMIS
Penolong Pendaftar
Seksyen Governan
Bahagian Pentadbiran dan Governan
Jabatan Pendaftar
b.p Pendaftar
Iklan USIM (.pdf)