Pengumuman Daripada
: Seksyen Pengurusan Inovasi, Pusat Penyelidikan dan Inovasi (PPI)
Subjek
: Pembukaan Permohonan Program Malaysia Laboratories For Academia-Business Collaboration (MYLAB) 2/2017, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)
 
YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan
Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.
 
Seperti yang YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan telah sedia maklum,  Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah melancarkan program Malaysia Laboratories for Academia-Business Collaboration (MyLAB) sebagai langkah menyahut hasrat kerajaan untuk meningkatkan jaringan kolaborasi Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dengan sektor industri. Program MyLAB menyasarkan pertumbuhan teknologi dan inovasi tempatan serta pemindahan ilmu dan sumber secara sistematik.
 
Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa pihak KPT telah membuka permohonan MyLAB 2/2017 kepada semua Universiti Awam bermula 1 Oktober 2017. Berikut merupakan ringkasan serta maklumat penting berkenaan pembukaan ini untuk perhatian penyelidik UMS:

 

Bil.

Perkara

Catatan

1.

Tarikh Pembukaan Permohonan

1 Oktober 2017

2.

Tarikh Akhir Penghantaran Peringkat UMS

30 November 2017

3.

Borang Permohonan & Garis Panduan

Muat turun daripada laman web MyGRANTS: http://mygrants.gov.my/

4.

Penghantaran permohonan ke PPI

- Dua (2) salinan borang & dokumen hardcopy (untuk penilaian

  peringkat UMS)

- Satu (1) salinan Softcopy borang & dokumen dalam CD/ Pendrive (untuk dimajukan kepada KPT setelah selesai penilaian)

5.

Calon Penyelidik bersama

Universiti Swasta & Institut Penyelidikan boleh menjadi ahli kolaborasi projek

6.

Pegawai dihubungi

1) Dr. Azaze @ Azizi bin Haji Abdul Adis ; Ext. 613803,

    email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

2) Pn. Rozaidah Amir Hussein ; Ext. 613806,

    email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

3) Cik Masrina binti Maujar ; Ext. 613805,

    email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sekian, terima kasih.

Pengumuman Daripada
: Kelab Surirumah dan Staf Wanita Universiti Malaysia Sabah (KESUMBA)
Subjek
Perubahan Aturcara Ceramah Kewangan Peribadi 
Pegawai Dihubungi
: Puan Faranizah Taufick (014-856 9013)
: Puan Deidre Faye Danggot (016-773 3889)
 
Pautan ke laman pendaftaran :  https://goo.gl/forms/dUX919aphRZBudKs1 
Dilampirkan salinan aturcara yang telah dikemaskini sebagai rujukan.
 
 

Pengumuman Daripada
: Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar
Subjek
Pemakluman Kenaikan Pangkat ke Jawatan Profesor Gred Khas C (VK7), Universiti Malaysia Sabah Tahun 2017
 
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
 
YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
Universiti Malaysia Sabah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas Kenaikan Pangkat:
 

BIL

NAMA

NO. PER

JFPIU

TARIKH KUATKUASA

1

PROFESOR DR. ISMAIL ALI

050705-00249

Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan

18 Julai 2017

2

PROFESOR DR. ROSAZMAN BIN HUSSIN

980413-00367

Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan

19 September 2017

3

PROFESOR DR. CHYE FOOK YEE

990420-00510

Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan

19 September 2017

4

PROFESOR DR. MOHD. DAHLAN HJ. A. MALEK

970613-00318

Fakulti Psikologi dan Pendidikan

19 September 2017

5

PROFESOR DR. HO CHONG MUN

960529-00161

Fakulti Sains dan Sumber Alam

19 September 2017

6

PROFESOR DR. PHUA MUI HOW

010706-00074

Fakulti Sains dan Sumber Alam

19 September 2017

 

Pengumuman Daripada
: Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar
Subjek
: Pelawaan Bagi Pengesahan Dalam Perkhidmatan Bil. 4/2017
 
Sukacita dimaklumkan bahawa, Jabatan Pendaftar mempelawa kakitangan berstatus tetap dan telah memenuhi kriteria Pengesahan Dalam Perkhidmatan dengan mengisi borang permohonan melalui http://www.ums.edu.my/pendaftar/V3/index.php/en/easyaccess/borang-borang
 
Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan ke Jabatan Pendaftar selewat-lewatnya atau pada 13 Oktober 2017 (Jumaat).
 
Sekian, terima kasih.