PENGUMUMAN DARIPADA: PUSAT PENYELIDIKAN DAN INOVASI
SUBJEK: JEMPUTAN CADANGAN PENYELESAIAN KUMPULAN PERMASALAHAN BARU BAGI WORKSHOP DEMAND-DRIVEN INNOVATION PROJECT BY PUBLIC-PRIVATE RESEARCH NETWORK (PPRN) - KELOMPOK OKTOBER 2017
Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menyediakan inisiatif Public-Private Research Network yang dilaksanakan oleh KPT dalam mewujudkan knowledge-friendly ecosystem di Malaysia, di mana pihak industri yang merupakan pengguna pengetahuan dihubungkan dengan pengeluar pengetahuan iaitu institusi pengajian tinggi (IPT) dan institusi penyelidikan (RI) bagi meningkatkan lagi daya produktiviti negara melalui aktiviti inovasi dan penyelidikan gunaan.
Bersama-sama ini dikemukakan senarai permasalahan teknologi yang baru bagi kelompok Oktober 2017 seperti di Lampiran A disertakan untuk diedarkan kepada penyelidik-penyelidik bagi mencadangkan penyelesaian teknologi.
Seterusnya, semua penyelidik yang berminat dan berpotensi memberikan cadangan penyelesaian dijemput menyertai cadangan penyelesaian yang baru dan menghadiri Workshop Demand-Driven Innovation Project by Public-Private Research Network yang akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:
Tarikh : 19 Oktober 2017 (Khamis)
Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Unit Keusahawanan & PPRN
Kementerian Pendidikan Tinggi
Aras 13, No. 2, Menara 2
Jalan P5/6 Presint 5
62200 WP Putrajaya
Agenda : Rujuk tentatif jadual seperti di Lampiran B.
Penyelidik boleh menghubungi terus syarikat untuk mendapatkan maklumat lanjut bagi penyediaan cadangan penyelesaian. Sukacita sekiranya Pegawai dan penyelidik YBhg. Datuk/ Dato'/ Prof./ Dr./ Tuan / Puan dapat merujuk garis panduan penyertaan seperti di lampiran dan mengemukakan maklumbalas bagi dokumen-dokumen berikut yang dilampirkan bersama-sama emel ini kepada sekretariat selewat-lewatnya pada 16 Oktober 2017 (Khamis) melalui emel:Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau faks: 03-8870 6900
(i) Registration of Interest & Confirmation of attendance (Lampiran C3); dan
(ii) Non-Disclosure Agreement (Lampiran C1).
* Kertas cadangan lengkap (mengikut format LAMPIRAN C2) hendaklah dikemukakan kepada pihak sekretariat sehari selepas pembentangan sebelum 3.00 petang dan pihak sekretariat tidak akan menerima sebarang kertas cadangan selepas daripada waktu tersebut. Setiap ketua penyelidik atau ahli kumpulan perlulah membentangkan dan menghantar cadangan penyelesaian tersebut.
Justeru, kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/ Dato’/ Prof./ Dr./ Tuan / Puan dalam perkara ini amat dihargai.
Sekian, terima kasih.
Lampiran: