Pengumuman Daripada
: Jabatan Pendaftar
Subjek
: Makluman Penggunaan Logo Di Universiti Malaysia Sabah
 
SEMUA KETUA JABATAN
(Senarai edaran seperti di lampirkan)
 
Y.Brs. Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
MAKLUMAN PENGGUNAAN LOGO DI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

-            LOGO PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA SOARING UPWARDS

-            LOGO ECOCAMPUS

-            LOGO UNIVERSITI/INDUSTRI (IR4.0)

 
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
 
2.       Adalah dimaklumkan bahawa, penggunaan logo Pendidikan Tinggi Malaysia Soaring Upwards, EcoCampus dan Universiti/Industri (IR4.0) hendaklah dipamerkan dalam poster/banner/bunting/backdropdalam semua program dan aktiviti rasmi Universiti.  Penggunaan logo ini bertujuan untuk mempromosikan hala tuju universiti yang disasarkan Kementerian Pendidikan Tinggi di samping mengekalkan imej korporat UMS.
 
3.       Sehubungan itu,  pihak Y.Brs. Prof./Dr./Tuan/Puan adalah dipohon memaklumkan  kepada semua kakitangan di J/F/P/I/U/B masing-masing berkenaan perkara ini.  Garis panduan mengenai penggunaan logo berkenaan boleh dirujuk dengan pihak Pusat Pengurusan Strategik dan Komunikasi Korporat. Logo boleh dimuat turun melalui pautan berikut: http://www.ums.edu.my/bpkv2/en/download/logo.
 
Segala perhatian dan kerjasama pihak Y.Brs. Prof./Dr./Tuan/Puan dalam hal ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian.
 
Yang ikhlas,
MOHD ZAIDIE ADILAI
Ketua
Bahagian Pentadbiran & Governan
Jabatan Pendaftar
b.p. Pendaftar
 

PENGUMUMAN DARIPADA :  PUSAT E-PEMBELAJARAN, UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
SUBJEK :  MAKLUMAN TALIAN TELEFON DAN FAKS PEJABAT PUSAT E-PEMBELAJARAN, UMS
NO. SAMBUNGAN  : 1451/1296
NO. FAKS   : 088-320126
 
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
 
YBhg. Datuk/Datin/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,
 
MAKLUMAN PERPINDAHAN PEJABAT PUSAT E-PEMBELAJARAN KE BANGUNAN CANSELORI, ARAS 5, BLOK SELATAN
 
Adalah dimaklumkan bahawa Pusat E-Pembelajaran (PEP) telah berpindah ke Aras 5, Blok Selatan, Bangunan Canselori pada 9 Oktober 2017 yang lepas.
 
Sehubungan itu, pejabat Pentadbiran PEP boleh dihubungi di talian berikut:
 
1. Prof. Dr. Fong Soon Fook  (Pengarah) – samb. 1162
2. Pn. Elizabeth Malanjun   (Penolong Pendaftar) – samb. 1121
3. Pn. Anita Binti Jamo @Rudy   (Pen. Pegawai Tadbir) – samb. 1451
4. En. Mohd. Zulfadhlee Bin Abd. Nasyir  (Pen. Pegawai Teknologi Maklumat) – samb. 1296
5. En. Fadzil Bin. Jumah  (Pembantu Tadbir P/O) - samb. 1296
 
 No. Faksimili – 088 320126 (sementara)
 
Perhatian daripada pihak YBhg. Datuk/Datin/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan amatlah dihargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih. Sekian.

Pengumuman Daripada
: Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah
Subjek
: Penyelenggaraan Pelayan Perkhidmatan EACCESS Perpustakaan UMS
 
Dimaklumkan bahawa capaian ke sistem eAccess Perpustakaan UMS di tutup sementara bagi memberi ruang kepada kerja-kerja penyelenggaraan pelayan di JTMK. Penyelenggaraan dijalankan mengikut ketetapan berikut:
 
Tarikh : 12-13 Oktober 2017
 
Sistem Aplikasi yang terlibat :
Online Exam Paper
 
Segala kesulitan amat kami kesali.