PENGUMUMAN DARIPADA: UNIT PENYELIDIKAN WARISAN BORNEO, FKSW

SUBJEK: HARI EKO-KAMPUS

 
Salam sejahtera semua warga UMS,
 
Sukacitanya dimaklumkan bahawa Unit Penyelidikan Warisan Borneo FKSW akan menganjurkan Hari Eko-kampus menurut ketetapan berikut.
 
1. Tarikh: 25 Oktober 2017 (Rabu)
2. Masa: 8.30 - 11.30 pagi
3. Tempat: Theatrette Ahmad Nisfu, FKSW (Bersebelahan dengan CIMB)
 
Mata MyIDP dan jamuan ringan akan diberikan kepada semua peserta yang hadir. Sila buat pengesahan kehadiran melalui Pn Roslinda 010 9302639 (samb. tel. 2213) atau En. MIchael 014 200 2078 (samb. tel. 1774) pada atau sebelum 23  Oktober 2017 (Isnin) bagi pihak penganjur menempah tempat dan jamuan ringan.
 

Dengan ini disertakan poster dan program tentatif untuk rujukan dan tindakan anda seterusnya.

PROGRAM TENTATIF

HARI EKO-KAMPUS FAKULTI KEMANUSIAAN, SENI DAN WARISAN

TARIKH: 25 OKTOBER 2017 (RABU)

PENGANJUR: UNIT PENYELIDIKAN WARISAN BORNEO (BOHRU) DAN MAJLIS PROFESOR NEGARA (CHAPTER UMS)

Masa

Aturcara

8.30 pagi

Pendaftaran peserta/jemputan khas

9.00 pagi

Ceramah oleh Encik Julius Kulip (Pensyarah Kanan IBTP dan Felo Penyelidik BoHRU): Warisan Herba Sabah di UMS: Penjagaan Kesihatan secara Tradisional

10.00 pagi

Ketibaan Yang Berbahagia Profesor Dr. D Kamaruddin D Mudin, Naib Canselor, Universiti Malaysia Sabah.

 

Ucapan perasmian oleh Yang Berbahagia Profesor Dr. D Kamaruddin D Mudin, Naib Canselor, Universiti Malaysia Sabah.

 

Penanaman pohon Tuuwan-uwan (Syzygium leucoxylon) oleh Yang Berbahagia Profesor Dr. D Kamaruddin D Mudin, Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah dan para jemputan khas di Blok Seni, FKSW.

11.00 pagi

Jamuan ringan

12.00 pagi

Majlis dijangka bersurai

PENGUMUMAN DARIPADA: PUSAT PENYELIDIKAN DAN INOVASI(PPI)
PEGAWAI DIHUBUNGI: URUS SETIA PENYELIDIKAN, SAMB; 613826/613808/613802
SUBJEK:  PELAWAAN UNTUK MENGEMUKAKAN PERMOHONAN GERAN PENYELIDIKAN “UNDERSTANDING OF THE IMPACTS OF HYDROMETEOROLOGICAL HAZARDS IN MALAYSIA”

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.
 
Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan,
 
Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan Geran Penyelidikan “Understanding of the Impacts of Hydrometeorological Hazards in Malaysia” menerusi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Natural Environment Research Council (NERC), United Kingdom (UK) telah dibuka.
 
Sehubungan itu, Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan adalah dipelawa untuk mengemukakan permohonan tersebut menerusi “Research Councils’ Joint Electronic Submission System (Je-S)” di laman https://je-s.rcuk.ac.uk/JeS2WebLoginSite/Login.aspx sebelum 4 Disember 2017 (Isnin), jam 4.00 petang.
 
Setelah permohonan dilengkapkan di dalam Je-S, jasa baik Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan adalah dipohon untuk mengemukakan semula permohonan tersebut (versi Bahasa Inggeris) menerusi  “Malaysia Greater Research Network System” (MyGRANTS) dalam tempoh dua (2) minggu selepas full bid closing date (21 Februari 2018, jam 4.00 petang) untuk tujuan pentadbiran.
 
Disertakan bersama ialah garis panduan dan borang yang berkaitan untuk perhatian Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan. Untuk maklumat lanjut, Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan bolehlah melayari laman http://www.nerc.ac.uk/research/funded/programmes/hazards-seasia/news/ao/.
 
Segala jasa baik dan perhatian Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini amatlah dihargai.
 
Sekian, terima kasih.
 

PENGUMUMAN DARIPADA: JAWATANKUASA HEBAHAN MINGGU MESRA PELANGGAN 2017
SUBJEK: PROGRAM MINGGU MESRA PELANGGAN 2017
ANJURAN: PERPUSTAKAAN, JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI, BENDAHARI, JABATAN PEMBANGUNAN DAN PENYELENGGARAAN, KOPERASI UMS, DAN PENERBIT UMS.
PEGAWAI DIHUBUNGI: URUSETIA MMP 2017: SAMB. 2659, 2325, 2108