Pengumuman Daripada
: Bahagian Keselamatan Universiti Malaysia Sabah
Subjek
: Pemakluman Penangguhan Pelaksanaan Kadar Harga Pelekat dan Pas Pemandu GRAB/UBER/GRAB TEKSI
Pegawai Dihubungi
: INSP/PB Rakam Singh A/L Karam Singh Samb. 5144
: Puan Marliana John Samb. 1783
 
Adalah dimaklumkan bahawa pihak Bahagian Keselamatan Universiti Malaysia Sabah akan mula mendaftarkan pemandu Grab/Uber/Grab Teksi  yang beroperasi di dalam kampus ini.
 
Walaubagaimanapun, pihak kami membuat penangguhan berhubung kadar harga pada pelekat dan pas pemandu Grab/Uber/Grab Teksi ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.
 
Sehubungan itu, semua pemandu adalah dipohon agar sentiasa mematuhi prosedur keluar dan masuk di dalam kampus dengan mendaftar di pintu masuk.
 
Perhatian dan kerjasama berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
 
 

Pengumuman Daripada
: Bahagian Keselamatan
Subjek
: Makluman Tarikh Akhir Permohonan Pelekat Kenderaan dan Pas Pemandu GRAB/UBER
Pegawai Dihubungi
: INSP/PB Rakam Singh A/L Karam Singh Samb. 5144
: Puan Marliana John Samb. 1783
 
Adalah dimaklumkan bahawa pihak Bahagian Keselamatan Universiti Malaysia Sabah akan mula mendaftarkan pemandu GrabCar dan Uber yang beroperasi di dalam kampus ini.
 
Sehubungan itu, semua individu (Pelajar/Staf/Orang Awam) yang terlibat dalam perkhidmatan GrabCar dan Uber adalah dikehendaki untuk mendaftar dengan Bahagian Keselamatan bagi mendapatkan pelekat kenderaan serta pas pemandu.
 
Bahagian ini akan mengadakan pemeriksaan pelekat dan pas pemandu GrabCar dan Uber di sekitar kampus bermula 16 Oktober 2017 (Isnin).
 
Tindakan yang sewajarnya akan di ambil terhadap individu (Pelajar/Staf/Orang Awam) yang gagal mematuhi arahan ini.
 
Bersama-sama dengan ini, dilampirkan borang yang berkaitan untuk dilengkapkan.
 
Waktu operasi Kaunter bermula jam 8.00 Pagi hingga 5.00 Petang (Isnin Hingga Jumaat). Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pejabat Bahagian Keselamatan Di Talian 088-320111.
 
Perhatian dan kerjasama berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, Harap Maklum.
 
5. PETA GRAB/ UBER (.pdf)

Pengumuman Daripada
: Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Malaysia Sabah
Subjek
: 1st Borneo Quality Of Life Conference 2018 (1STBQOL)
Pegawai Dihubungi
: AP Dr Helen Benedict Lasimbang (019-881 9319)
: Lidiawati Arifin (016-832 0204)
: Starrine Adimas (013-544 8823)
: Mary Dulin (016-828 9448)
 
Yang Berbahagia Datuk/Prof/Dr/Mr/Mdm,
 
Faculty of Medicine and Health Sciences, Universiti Malaysia Sabah is delighted to invite you to attend to its 1st Borneo Quality of Life Conference (1stBQOL) that will be held in Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia on 24th-26th January 2018.
 
Themed “Changing and Thriving to the better future”, this, the first Borneo Quality of Life Conference, will provide a unique space for researchers and academics to present their research on matters related to quality of life, well-being, and happiness, as well as enabling discussion regarding their relevance for policy making and change. Presenters and participants will join us from various locations across the world and will come from many disciplines; they will hold different methodological and theoretical perspectives, and follow different approaches. The key factor that will bring together such a diverse range of individuals is the interest and passion for generating research-based knowledge that can make a significant contribution to the well-being across society.
 
Further information on the conference is available from the attached pamplet and the conference website http://spu.ums.edu.my/bqol/
Important Deadlines
1. Abstract submission: 31st October 2017
2. Abstract acceptance notification: 18th November  2017
3. Early bird registration: 31st October 2017
 
We look forward to your participation and kindly seek your assistance in disseminating the information on the conference to your fellow colleagues and staff. Your cooperation and support are very much appreciated. Thank you.

Pengumuman Daripada
: Pusat Pengurusan Strategik dan Komunikasi Korporat
Subjek
: U.M.A.R KPT
 
Konsep U.M.A.R merujuk kepada peningkatan ranking pendidikan negara dan pencapaian universiti tempatan, khususnya universiti penyelidikan yang telah membuka mata dunia dan mengiktiraf Malaysia sebagai hab pendidikan di rantau ini.
U.M.A.R bermaksud :
U - Universitas 21 
M - Universiti Malaya
A - Lima universiti terbaik di ASEAN 
R - Universiti Penyelidikan berada dalam kelompok satu peratus terbaik di dunia