PENGUMUMAN DARIPADA: PERSATUAN PEGAWAI PENGURUSAN DAN PROFESIONAL BUKAN AKADEMIK (PPUMS)
SUBJEK: NOTIS MESYUARAT AGUNG PERSATUAN PEGAWAI PENGURUSAN DAN PROFESIONAL BUKAN AKADEMIK (PPUMS) KALI KE-10
Semua Ahli Persatuan Pegawai Pengurusan dan Profesional Bukan Akademik (PPUMS)
Tuan/Puan,
NOTIS MESYUARAT AGUNG PERSATUAN PEGAWAI PENGURUSAN DAN PROFESIONAL BUKAN AKADEMIK (PPUMS) KALI KE-10
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Persatuan Pegawai Pengurusan dan Profesional Bukan Akademik (PPUMS) kali ke-10 akan diadakan seperti berikut:
Tarikh : 27 Julai 2016 (Rabu)
Masa : 8.00 Pagi
Tempat : Bankuasi, Dewan Canselor, UMS
Sehubungan itu, pihak tuan/puan adalah dijemput menghadiri Mesyuarat Agung tersebut. Bersama ini dilampirkan Agenda Mesyuarat Agung dan
Atur Cara Majlis Perasmian untuk rujukan dan tindakan pihak tuan/ puan selanjutnya. Kehadiran tuan/puan amat diharapkan untuk menjayakan Mesyuarat Agung ini.
Segala kerjasama dan sokongan tuan/puan amatlah dihargai dan dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.