PENGUMUMAN DARIPADAPUSAT PENYELIDIKAN DAN INOVASI
SUBJEK : TAWARAN GERAN PENYELIDIKAN UK-SOUTHEAST ASIA SMALL SCALE RESEARCH PARTNERSHIP CALL FOR PROPOSALS 2016 NEWTON-UNGKU OMAR FUND
PEGAWAI DIHUBUNGI : URUSETIA PENYELIDIKAN (SAMB: 4146/ 1034)

 

Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan,
TAWARAN GERAN PENYELIDIKAN UK-SOUTHEAST ASIA SMALL SCALE RESEARCH PARTNERSHIP CALL FOR PROPOSALS 2016 NEWTON-UNGKU OMAR FUND)
Dengan segala hormat perkara di atas adalah dirujuk.
2.    Adalah dimaklumkan bahawa pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah berkerjasama dengan United Kingdom (UK) bagi pelaksanaan kolaborasi penyelidikan di bawah program Newton-Ungku Omar Fund (NUOF) dalam lima bidang, iaitu Creative Economy & Cultural Heritage, Energy-Food-Water Nexus, Mental Health, Building Stem Education through Astronomy dan Skills for using large Facilities.
3.    Sehubungan itu, Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr. adalah dipelawa untuk mengemukakan permohonan geran tersebut di atas. Syarat dan cara permohonan boleh merujuk kepada Garis Panduan Permohonan di laman sesawang Jabatan Pendidikan Tinggi melalui hyperlink https.//mygrants.gov.my. Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Joint Electronic System (Je-s) oleh Principal Investigator di UK. Sebagai makluman tambahan, Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr. juga adalah dimohon untuk mengambil perhatian berkenaan tarikh-tarikh penting permohonan seperti yang berikut:
TARIKH
PERKARA
TINDAKAN
25 Mei 2016 hingga 24 Julai 2016
a. Pemohon mendapatkan collaborator sebagai Principal Investigator dari UK
b. Pemohon menyediakan kertas kerja bersama Principal Investigator (UK)
Pemohon
25 Julai 2016
Semakan dokumen di peringkat PPI
PPI
2 Ogos 2016
Penghantaran secara online melalui Joint Electronic System (Je-s) oleh Principal Investigator di UK
-Principal Investigator (UK)
- Pemohon
4.    Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr. boleh berhubung terus dengan pegawai bertanggungjawab En. Teo Woo Ken di talian telefon; 03-8870 6971 atau emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. , Cik Nur Farahin Fazira binti Mohd Munim di talian telefon 03-8870 6968 atau emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau Urus Setia di PPI iaitu Pn. Zainoriah Binti Matnoor  (samb: 4146), dan Pn. Norni Lagung (samb: 1034).
Segala jasa baik dan kerjasama Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr. dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
Sekian.

PENGUMUMAN DARIPADA
: JABATAN BENDAHARI, UMS
SUBJEK
: TRANSAKSI PENGELUARAN DAN KEMASUKKAN STOK DI STOR JABATAN BENDAHARI DI TUTUP SEMASA AKTIVITI
PEMERIKSAAN DAN VERIFIKASI STOK
 
Adalah dimaklumkan bahawa, Pemeriksaan dan verifikasi stok di stor Jabatan Bendahari akan dijalankan bermula pada 20-27 Jun 2016.
 
Sehubungan dengan itu, sebarang transaksi pengeluaran dan kemasukkan barang di stor Jabatan Bendahari akan diberhentikan untuk sementara waktu sehingga proses pemeriksaan dan verifikasi stok selesai.
 
Sekian, terima kasih.