PENGUMUMAN DARIPADA
: FAKULTI PERTANIAN LESTARI, SANDAKAN
SUBJEK
: REGIONAL CONFERENCE ON SUSTAINABLE AGRICULTURE (ReCSA 2016)
 

Tema: Prosperity through Sustainable Agriculture

Tarikh: 24 - 26th October 2016

Lokasi: Faculty of Sustainable Agriculture, UMS Sandakan

Website: www.recsa2016.com

PENGUMUMAN DARIPADA
: PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU PUSAT MINDA LESTARI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
SUBJEK
: PENJUALAN TIKET CABUTAN BERTUAH SEMPENA PROGRAM SUKANEKA TADIKA PUSAT MINDA LESTARI, UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
PEGAWAI DIHUBUNGI
: PUAN SITI JULIYANA (016-583 1659)
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Minda Lestari dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) akan menganjurkan Program Sukaneka Tadika Minda Lestari 2016 pada 26 Mei 2016 (Khamis ) di Kompleks Sukan UMS, Universiti Malaysia Sabah.
Untuk makluman YBhg. Datuk/ Dato’/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan, program sukaneka ini merupakan julung-julung kalinya diadakan. Sukaneka ini bertujuan untuk melahirkan generasi yang seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi dan intelektual. Sukaneka juga salah satu alternatif untuk menjadikan kanak-kanak tersebut aktif dan seronok menjalankan aktiviti yang menarik dan produktif.
Sehubungan itu, penjualan tiket Cabutan Bertuah sempena program sukaneka ini akan bermula pada 17 Mei 2016 (Selasa) di pintu masuk Taska, Tadika dan Daycare Universiti Malaysia Sabah. Tiket cabutan bernilai RM2.00. 
Kerjasama YBhg. Datuk/ Dato’/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan mengenai perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, terima kasih.

Pengumuman Daripada
: Borneo Marine Research Intitute and CTI-Sabah
Subjek
: Hari Lautan Sedunia & Hari Terumbu Karang 2016
Bersempena dengan sambutan Hari Lautan Sedunia & Hari Terumbu Karang 2016, Institut Penyelidikan Marin Borneo dan CTI-Sabah akan mengadakan beberapa aktiviti di Institut ini pada 4 Jun 2016 (Sabtu).
 
Antara aktiviti menaraik adalah:
 
a) 5K Ocean Walk (Jeti UMS) - Dibuka untuk pendaftaran
b) Car Boot Sale (Kawasan Tempat Letak Kereta Aras Atas IPMB) - Dibuka untuk pendaftaran
c) Hari Terbuka Akuarium & Muzium Marin UMS
- Pertandingan mewarna untuk kanak-kanak
- Pameran CTI 
- Permainan interaktif  
- Pelbagai aktiviti menarik

"Lautan Sihat, Planet Sihat"