PENGUMUMAN DARIPADA
: SEKSYEN KEMAJUAN KERJAYA BAHAGIAN SUMBER MANUSIA, JABATAN PENDAFTAR
SUBJEK
: IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN TIMBALAN CANSELOR (PENYELIDIKAN DAN INOVASI) UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA
 
YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr.,
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) mempelawa kakitangan akademik yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) di Universiti tersebut dengan mengemukakan:
 
  • Borang permohonan (Lampiran B) yang telah lengkap diisi berserta gambar berukuran passport dan  Curriculum Vitae (CV) terkini berserta dokumen sokongan berkaitan; dan
  • Key Performance Indicator (KPI) dan ringkasan mengenai perancangan sekiranya dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi).
 
3. Bersama ini dilampirkan iklan Jawatan (Lampiran A) dan Borang Permohonan (Lampiran B) untuk makluman dan perhatian YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr. Tarikh tutup permohonan adalah pada 16 Jun 2016 (Khamis).

Sekian.

PENGUMUMAN DARIPADA
: PUSAT LUAR UMS
SUBJEK
: MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERJANJIAN (MoA) DI ANTARA UMS INVESTMENT HOLDINGS SDN. BHD. DAN KOLEJ PROFESIONAL DAN PENGURUSAN KLIA
 
Tarikh
:
26 Mei 2016 (Khamis)
 Masa
:
2.30 petang
Tempat
:
Galeri Majlis, UMS
 
10:00 pagi
~
Sesi Perkongsian Ilmu Oleh Pengerusi KLIA Holdings Sdn. Bhd. Kepada Pelajar Fakulti Kejuruteraan UMS (Bilik Seminar, FKJ)
 
 
 
12:00 t/hari
~
Jamuan Makan Tengah Hari @ De’ Sireh
 
 
 
1:00 petang
~
Ketibaan Kakitangan PLUMS dan UINVEST
 
1:30 petang
~
Ketibaan Ahli-Ahli Lembaga Pengarah UMS & UMS Investment / Pegawai-Pegawai Utama UMS / Para Jemputan
 
1:40 petang
 
 
1:45 petang
 
 
1:50 petang
~
 
 
~
 
 
~
Ketibaan YBhg. Datuk Awang Buhtamam bin Awang Mahmun
Pengerusi, UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.
 
Ketibaan YBhg. Prof. Datuk Dr. Mohd. Harun Bin Abdullah
Naib Canselor UMS
 
Ketibaan YBhg. Tan Sri (Dr.) Ir. Jamilus bin Hussein
Pengerusi, KLIA Holdings Sdn. Bhd.
 
2:00 petang
 
 
2:15 petang
~
 
 
~
Ucapan Aluan
YBhg. Datuk Awang Buhtamam bin Awang Mahmun
Ucapan balas Tan Sri (Dr.) Ir. Jamilus bin Hussein
 
 
 
2:30 petang
~
Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian di antara UMS Investment Holdings Sdn. Bhd. dan Kolej Profesional dan Pengurusan KLIA, disaksikan oleh Naib Canselor UMS
 
 
 
3:00 petang
~
Jamuan Hi-Tea @ De’ Sireh
 
 
 
3:30 petang
~
Bersurai