PENGUMUMAN DARIPADA: FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN

SUBJEK: PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM DIPLOMA KEJURURAWATAN  SESI SEPTEMBER 2016/2017

 

Calon-calon warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa memohon bagi mengikuti program Diploma Kejururawatan Universiti Malaysia Sabah (Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan) seperti yang disenaraikan bagi Sesi Akademik 2016/2017.

 

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

 

Permohonan terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja serta berumur sekurang-kurangnya 17 tahun pada tarikh permohonan dan memenuhi syarat seperti berikut:


Syarat Am


Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya Lima (5) Kepujian atau yang setaraf dengannya.


Syarat Khas Program


Mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam mata pelajaran berikut:
 Matematik/Matematik Tambahan
 Sains /Biologi/Kimia/Fizik
 Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu
 2 lagi kepujian bagi subjek yang lain


DAN
 Lulus Bahasa Inggeris


Syarat Tambahan


 Terbuka kepada calon lelaki dan wanita;
 Mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik serta tidak mengalami kecacatan yang boleh menyebabkan calon-calon tidak sesuai menjalankan tugas selepas tamat latihan ; DAN
 Lulus ujian serta temuduga yang telah ditetapkan oleh Universiti.

 

CARA MEMOHON

 

Permohonan online dibuka pada : 8 April 2016 (Jumaat) melalui laman web http://spu.ums.edu.my/spp
Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 April 2016(Sabtu).

 

Sila klik sini untuk muat turun iklan permohonan bagi  program Diploma Kejururawatan UMS. 

 

 

 

 

PENGUMUMAN DARIPADA: PUSAT MINDA LESTARI UMS
PEGAWAI DIHUBUNGI: ZURINA ERNY TAUFIK (PENOLONG PEGAWAI TADBIR)
SUBJEK: PELAWAAN UNTUK MENGIKUTI PROGRAM DI PUSAT MINDA LESTARI UMS
 
Assalamualaikum dam Salam Sejahtera tuan/puan,
Pusat Minda Lestari (PML) UMS ingin mempelawa kakitangan UMS yang ingin mendaftarkan anak-anak ke Program TADIKA, Program Transit dan Program TASKA PML bagi tahun 2016.
 
Bilangan kekosongan tempat adalah seperti berikut:
i. TADIKA (4 Tahun) = 12
ii. TADIKA (5 Tahun) =  4
iii. TADIKA (6 Tahun) =  6
iv. TRANSIT (7-9 Tahun) = 9 (sesi pagi sahaja)
v. Kumpulan Playgroup, Program TASKA (3 tahun) = 3
vi. Kumpulan Toddler, Program TASKA (2 Tahun) = TIADA KEKOSONGAN
vii. Kumpulan Infants, Program TASKA ( 3 bulan- 23 bulan) = TIADA KEKOSONGAN
 
Borang Permohonan boleh diperolehi di Pejabat Pentadbiran Pusat Minda Lestari (PML) UMS. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Puan Zurina Erny Taufik di talian sambungan 5102 atau emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..
 
Terima kasih.

Pengumuman daripada
:  Fakulti Kejuruteraan
Subjek
: Two Days Intensive Workshop on Industrial Enzyme Engineering & Technology, 23 - 24 May 2016
Penganjur:
Energy Research Unit (ERU), Faculty of Engineering UMS
 
Pegawai Dihubungi:
Prof. Dr. Ravindra Pogaku (dr_ravindra@hotmail.com
Mr. Malcolm Jilimin (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)
 
Ringkasan:
There is an increased awareness in the field of green technology and sustainability in Malaysia recently. Hence, the Malaysian government is encouraging the relevant stakeholders to cooperate in these very much untapped fields to achieve a better country.
 
Process industries and policy making bodies invariably have to come across with enzyme related jobs in the near future. Therefore, in order to capitalise their skills in these areas, we are organising a professional development workshop in enzyme engineering and technology.
 
The workshop would take place at the Faculty of Engineering, Universiti Malaysia Sabah on May, 23 -24, 2016.