PENGUMUMAN DARIPADA
: FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
SUBJEK
: BASIC LIFE SUPPORT COURSE
 
Pegawai Dihubungi: Puan Starrine Adimas (013-5448823), Puan Nurul Izza Md Nordin (013-8500362), Puan Arni Hamrus (016-4112075)
 

PENGUMUMAN DARIPADA
: PUSAT PENYELIDIKAN DAN INOVASI (PPI)
SUBJEK
: PENERBITAN JURNAL OLEH STAFF UMS DALAM PANGKALAN DATA ISI/SCOPUS/ERA TAHUN 2015
 
Makluman kepada semua Pensyarah/Penyelidik UMS, ingin dimaklumkan bahawa terlampir adalah Senarai Penerbitan Jurnal yang diterbitkan dalam pangkalan data ISI/Scopus/ERA. 
Maklumat ini diambil daripada Sistem data MyRA 2015.
 
Oleh yang demikian pihak Urusetia APUMS 2015 memohon jasa baik YgBrs Prof./ Prof. Madya Dr./ Dr./ Tuan/Puan agar dapat menyemak maklumat (Nama/Fakulti/Tajuk) terbitan jurnal masing-masing dan jika ada berlaku keciciran maklumat terbitan jurnal, mohon agar diberitahu kepada pihak urusetia APUMS dengan segera.
 
Semua makluman perubahan atau penambahbaikan senarai jurnal harus dibuat selewat-lewatnya sebelum atau pada 18hb April 2016.
Sebarang keterlewatan selepas tarikh tutup tersebut senarai jurnal tidak dapat diterima dan diproses.
 
Sekian dan terima kasih.
 

PENGUMUMAN DARIPADA
: PUSAT LUAT UMS
SUBJEK
: PENAWARAN PROGRAM SARJANA (KERJA KURSUS) DAN IJAZAH SARJANA MUDA BAGI SESI KEMASUKAN SEPTEMBER 2016
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Luar Universiti Malaysia Sabah (PLUMS) kini membuka permohonan kemasukan ke program Ijazah Sarjana (Kerja Kursus dan Mod Campuran) serta Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi ambilan kemasukan September 2016.
 
PLUMS mempelawa kakitangan Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang berminat dan berkelayakan untuk mengikuti program pengajian di Kampus UMS Kota Kinabalu, Kampus UMS Sandakan, Kampus Antarabangsa UMS Labuan dan pusat pembelajaran PLUMS Tawau.
 
Bagi memenuhi keperluan majikan, PLUMS menawarkan pendekatan pendidikan anjal di mana jadual kuliah adalah di reka bagi memenuhi keperluan golongan berkerjaya manakala para pensyarah PLUMS adalah merupakan tenaga pengajar UMS yang berpengalaman dan juga pensyarah undangan yang berkaitan. Selain itu, program yang ditawarkan oleh PLUMS adalah diiktiraf oleh Malaysian Qualification Agency (MQA) dan kandungan kursus adalah sama seperti yang diajarkan kepada pelajar sepenuh masa di Universiti ini.
 
Calon-calon boleh melayari laman web PLUMS di http://plums.ums.edu.my atau menghubungi pejabat kami di talian terus 088-314600 atau 088-314601 atau sambungan 612605/612608/612616  untuk maklumat lanjut.
 
Segala kerjasama dan perhatian dalam menghebahkan perkara ini kepada kakitangan di bawah seliaan tuan/puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
 
Sekian.

PENGUMUMAN DARIPADA
: PUSAT ISLAM UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
SUBJEK
: PERMOHONAN ZAKAT PELAJAR UNIVERSITI MALAYSIA SABAH TAHUN 2016M/1437H
 
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
PERMOHONAN ZAKAT PELAJAR UNIVERSITI MALAYSIA SABAH TAHUN 2016M/1437H
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
02.     Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan zakat bagi Pelajar Universiti Malaysia Sabah bagi tahun 2016M/1437H kini dibuka bermula pada 11hb April 2016 sehingga 11hb Mei 2016. Permohonan boleh diisi secara atas talian sahaja dengan melayari www.ums.edu.my/piums.
 
03.     Sehubungan dengan itu, dipohon jasa baik pihak YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan agar dapat memanjangkan hebahan ini kepada para pelajar di bawah seliaan fakulti masing-masing.
 
04.     Sebarang pertanyaan dan makluman lanjut, sila hubungi En. Malik Hanafi ditalian 088-320 000 samb. 2731.
 
Sekian dan terima kasih.
 
جزاكم الله خير الجزاء