- Jumlah paparan: 14345
MEMOHON SUMBANGAN IKHLAS SEMPENA PROGRAM DAKWAH BIL HAL DAN ZIARAH KEBAJIKAN SAUDARA BAHARU DI KG. TELUTU, PITAS
PENGUMUMAN DARIPADA | : PUSAT ISLAM UNIVERSITI MALAYSIA SABAH |
SUBJEK | : MEMOHON SUMBANGAN IKHLAS SEMPENA PROGRAM DAKWAH BIL HAL DAN ZIARAH KEBAJIKAN SAUDARA BAHARU DI KG. TELUTU, PITAS |
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Y. Bhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/ Puan,
MEMOHON SUMBANGAN IKHLAS SEMPENA PROGRAM DAKWAH BIL HAL DAN ZIARAH KEBAJIKAN SAUDARA BAHARU DI KG. TELUTU, PITAS
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
02. Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Islam, Universiti Malaysia Sabah akan mengadakan Program Dakwah Bil Hal dan Ziarah Kebajikan Saudara Baharu di Kg. Telutu, Pitas pada ketetapan seperti maklumat yang berikut:
Tarikh : 16 – 18 Mac 2016
Hari : Rabu sehingga Jumaat
Tempat : Kg. Telutu, Pitas
03. Sehubungan dengan itu, pihak kami memohon sumbangan ikhlas daripada Y. Bhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/ Puan sama ada dalam bentuk wang tunai atau kit kelengkapan ibadah dan kit keperluan asas untuk diagihkan kepada saudara baharu tersebut. Bersama-sama dengan surat ini, dilampirkan borang sumbangan untuk rujukan dan tindakan pihak Y. Bhg. Datuk/Datin/Prof./Dr/Tuan/Puan selanjutnya.
04. Sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkara ini bolehlah menghubungi Ustaz Md Nazrie Petir di talian H/P: 014-8660654 atau No. Pejabat 088-320000 Samb : 2747. Kerjasama dan perhatian Y. Bhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/ Puan berhubung perkara ini, terlebih dahulu diucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih.
Sekian,
جزاكم الله خير الجزاء