PENGUMUMAN DARIPADA
: PENERBIT UMS
SUBJEK
: MAJLIS PERHIMPUNAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1437H/2016M
Sukacita dimaklumkan bahawa semua kakitangan dan pelajar Universiti Malaysia Sabah  dijemput hadir ke Majlis Perhimpunan Sambutan Maulidur Rasul 1437H/2016M yang akan berlangsung seperti ketetapan berikut:
 
          Tarikh : 24 Februari 2016
          Masa   : 8.00 pagi
          Tempat : Dewan Resital, FKSW
 
Kehadiran anda ke majlis ini akan memeriahkan lagi majlis perhimpunan sambutan Maulidur Rasul pada kali ini
 

PENGUMUMAN DARIPADA
: PUSAT PERSEDIAAN SAINS DAN TEKNOLOGI
SUBJEK
: HARI TERBUKA ASASI SAINS
AKTIVITI
  • Taklimat akademik
  • Penerangan syarat kemasukan
  • Cara mengisi borang UPU online
  • Penerangan mengenai pengiraan merit
  • Cabutan tiket bertuah
  • Demontrasi Ujikaji Makmal
  • Pameran Akademik

PENGUMUMAN DARIPADA
: KELAB SURIRUMAH DAN STAF WANITA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (KESUMBA)
SUBJEK
: JEMPUTAN MENGHADIRI SEMINAR MEMPERKASA IBU BAPA SEBAGAI INSPIRER KECEMERLANGAN ANAK
FASILITATOR
: DATO' DR HAJI MOHD. FADZILAH BIN KAMSAH
PEGAWAI DIHUBUNGI
: PUAN STELLA @ NURUL MARTINI GONTOL (013-830 8577) PUAN NURUL IZZA MD NORDIN (013-8500362) PUAN NORAZAH HAMZAH (019-870 1712)

PENGUMUMAN DARIPADA
: JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (JTMK)
SUBJEK
: PENYELENGGARAAN PELAYAN DI PUSAT DATA
Y.Bhg. Prof./Dr/Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. Dimaklumkan, capaian ke sistem dalaman UMS akan mengalami gangguan sepanjang kerja-kerja penyelenggaraan dijalankan. Berikut adalah jadual penyelenggaraan yang telah ditetapkan :

Bil

Tarikh

Masa

1

27 Februari 2016 (Sabtu)

8.00 pagi – 6.00 petang

2

19 Mac 2016 (Sabtu)

8.00 pagi – 6.00 petang

3

23 April 2016 (Sabtu)

8.00 pagi – 6.00 petang

4

21 Mei 2016 (Sabtu)

8.00 pagi – 6.00 petang

5

18 Jun 2016 (Sabtu)

8.00 pagi – 6.00 petang

6

23 Julai 2016 (Sabtu)

8.00 pagi – 6.00 petang

7

20 Ogos 2016 (Sabtu)

8.00 pagi – 6.00 petang

8

24 September 2016 (Sabtu)

8.00 pagi – 6.00 petang

9

22 Oktober 2016 (Sabtu)

8.00 pagi – 6.00 petang

10

19 November 2016 (Sabtu)

8.00 pagi – 6.00 petang

11

17 Disember 2016 (Sabtu)

8.00 pagi – 6.00 petang

Sebarang kesulitan amat dikesali.

PENGUMUMAN DARIPADA
: PUSAT ISLAM UMS
SUBJEK
: PERTANDINGAN RIANG RIA MAULIDUR RASUL

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Y. Bhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,

HEBAHAN PENYERTAAN AKTIVITI SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT UMS 2016M/1437H – PERTANDINGAN RIANG RIA MAULIDUR RASUL

Dengan segala perkara di atas adalah dirujuk.

02.     Sukacita dimaklumkan bahawa sempena sambutan Maulidur Rasul bagi tahun 2013M/1434H, Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui Pusat Islam UMS (PIUMS) dengan kerjasama Jabatan Canselori UMS akan mengadakan Pertandingan Riang Ria Maulidur Rasul pada ketetapan seperti maklumat berikut:-

Tarikh      : 20hb Februari 2016 (Sabtu)

Masa        : 7.30 pagi – 11.30 pagi

Tempat    : Masjid UMS

03.     Penyertaan ini adalah terbuka kepada semua anak-anak kakitangan UMS dan masyarakat sekitar. Sehubungan dengan itu, kerjasama pihak Y. Bhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan adalah dipohon untuk menghebahkan perkara ini bagi menggalakkan penyertaan. Bersama-sama dengan surat ini, dilampirkan borang dan syarat-syarat pertandingan seperti di LAMPIRAN. Sebarang pertanyaan mengenai pertandingan ini, boleh berhubung dengan kakitangan pejabat Pusat Islam di talian : 088-320000 - samb. 2734/2735/2743.

Sekian dan terima kasih.

Lampiran:

1. Borang Penyertaan

2. Syarat Penyertaan