Penggunaan Ruangan Bangunan

Image

Penggunaan Ruangan Bangunan

Smart Space

Bilik Mesyuarat Eksekutif (BME)

Bilik Mesyuarat Kualiti (BMK)

Anjung Circle

Penggunaan Ruangan Bangunan
Penggunaan Ruangan Bangunan yang terdapat di Bangunan Anjung Siswa adalah disediakan untuk pelaksanaan aktiviti akademik dan kokurikulum. Dengan proses yang teratur dan ruangan yang selesa, perkhidmatan ini menyokong mobiliti dan produktiviti pelajar serta kakitangan.
Waktu Operasi perkhidmatan ini adalah seperti berikut:

Isnin - Jumaat : 8.00 pagi hingga 5.00 petang

*Nota: Tempahan yang dibuat diluar waktu operasi akan disemak pada keesokan hari dan permohonan yang dibuat pada hari Sabtu/Ahad/Cuti Umum akan disemak pada hari waktu bekerja berikutnya.
Syarat-syarat Permohonan

Pelajar dan Kakitangan UMS hendaklah memastikan memenuhi syarat-syarat permohonan penggunaan ruang sebelum membuat sebarang tempahan. Permohonan yang gagal memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan tidak akan diluluskan.

Syarat-syarat permohonan adalah seperti yang berikut :
Image
Infografik Permohonan

Bahagian Pentadbiran dan Kewangan telah menyediakan infografik tempahan untuk memudahkan proses tempahan ruangan berjalan dengan lancar.

Berikut merupakan infografik tempahan kenderaan :
Image
Borang Permohonan

Sebarang tempahan selain daripada yang dinyatakan di atas tidak akan dilayan tanpa pengisian borang secara dalam talian. Link E-Tempahan Ruangan JHEP

Hal ini untuk mengumpul data penggunaan ruangan JHEP dengan teratur.Borang permohonan tempahan ruang boleh diakses melalui Kod QR yang berikut:

Image
Soalan Lazim
Berikut merupakan soalan lazim untuk pengetahuan umum para pengguna perkhidmatan kami. Rujuk soalan-soalan lazim di bawah :

1. Bagaimanakah cara untuk kemas kini permohonan tempahan ruang jika ada penukaran tarikh atau masa sekiranya maklumat permohonan telah di luluskan?

  • Pemohon perlu menghubungi pegawai yang bertanggungjawab untuk membuat pindahan Tarikh atau masa permohonan.
  • PYB akan membuat semakan Tarikh atau masa dan akan mengemaskini semula di dalam kalendar tempahan.

2. Berapa lama tempoh masa permohonan tempahan ruang perlu dibuat sebelum tarikh program/aktiviti?
7 hari bekerja sebelum tarikh program/aktiviti

3. Berapa lama masa yang diambil untuk proses kelulusan tempahan ruang?
7 hari bekerja

4. Bagaimanakah untuk mengetahui status permohonan (Lulus atau Tidak Lulus)
Keputusan melalui e-mel akan dihantar oleh PYB kepada pemohon selepas mendapat kelulusan Ketua Jabatan.

Hubungi Kami
Jika teradapat sebarang masalah berkenaan tempahan kenderaan, pengguna boleh menghubungi alamat perhubungan seperti yang berikut :