Perkhidmatan Kenderaan
Tempah sekarang,
Sampai tepat pada masa!
#selamat,mudah,terjamin
Perlukan kenderaan? Kami menawarkan perkhidmatan tempahan kenderaan yang fleksibel, sesuai untuk keperluan pelajar untuk aktiviti kumpulan atau pun melibatkan kecemasan. Dengan syarat-syarat yang mudah, proses tempahan hanya secara dalam talian sahaja !
Hari | Waktu Perkhidmatan |
---|---|
Isnin - Jumaat | 8.00 am - 5.00 pm |
Sabtu, Ahad & Cuti Umum | Tutup |
**Jika pemohon memohon selepas jam 5.00 petang, permohonan akan diproses pada keesokan hari. Tiada tempahan yang diproses pada setiap hari Sabtu, Ahad & Cuti Umum. Sila baca dengan teliti syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Masa permohonan tempahan kenderaan
- Mengenai Perkhidmatan
- Syarat Permohonan
- Infografik Permohonan
- Borang Permohonan
- Soalan Lazim
- Senarai Pemandu
- Hubungi Kami
E-Tempahan Kenderaan
Isnin - Jumaat : 8.30 pagi hingga 5.00 petang
*Nota: Tempahan yang dibuat diluar waktu operasi akan disemak pada hari esok dan permohonan yang dibuat pada hari Sabtu/Ahad/Cuti Umum akan disemak pada hari waktu bekerja berikutnya.
Syarat-syarat Permohonan
Infografik Permohonan
Borang Permohonan
Soalan Lazim
1. Bagaimana cara membuat tempahan kenderaan?
Tempahan kenderaan boleh dibuat melalui laman web rasmi Jabatan Hal Ehwal Pelajar dengan mengisi E-Borang permohonan yang disediakan.
2. Apakah jenis kenderaan yang boleh ditempah oleh pelajar?
Kenderaan jabatan adalah dalam kategori Van Muatan Penumpang dan setiap van mempunyai kapasiti 7 orang/Van.
3. Berapa lama sebelum tarikh penggunaan perlu membuat tempahan
Tempahan perlu dibuat sekurang-kurangnya 3 hari sebelum tarikh penggunaan untuk memastikan kenderaan tersedia berdasarkan kekosongan penjadual kenderaan.
4. Apakah dokumen yang diperlukan untuk membuat tempahan?
Pelajar perlu menyediakan nama dan nombor matrik, jabatan/fakulti, surat rasmi dari jabatan (jika perlu), serta butiran lengkap tarikh, masa, destinasi, dan tujuan penggunaan.
5. Bolehkah kenderaan ditempah untuk tujuan peribadi?
Tidak, kenderaan hanya boleh ditempah untuk kegunaan rasmi aktiviti pelajar yang telah diluluskan.
6. Adakah terdapat bayaran untuk menggunakan kenderaan universiti?
Jabatan Hal Ehwal Pelajar menyediakan perkhidmatan ini secara percuma mengikut syarat yang ditetapkan.
7. Siapakah yang akan memandu kenderaan tersebut?
Universiti biasanya menyediakan pemandu yang berpengalaman.
8. Bagaimana jika permohonan tempahan ditolak?
Pelajar akan menerima e-mel pemberitahuan mengenai penolakan dan biasanya diberi alasan. Pelajar boleh menghubungi jabatan yang bertanggungjawab untuk maklumat lanjut atau membuat permohonan semula dengan pembetulan yang diperlukan.
9. Apakah yang perlu dilakukan jika kenderaan mengalami kerosakan semasa digunakan?
Pelajar perlu segera melaporkan kerosakan kepada pihak universiti melalui nombor telefon kecemasan yang disediakan dan mengikuti arahan yang diberikan.
Unit Kenderaan dan Media
Bangunan Anjung Siswa
88400 Kota Kinabalu, Sabah

E-Tempahan Kenderaan
Jenis Kenderaan : Van Penumpang
Kapasiti Muatan : 7 Orang/ Van