Dari Meja Pengarah

Image
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pengunjung laman web yang dihormati kerana melayari laman sesawang rasmi Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan (JPP), Universiti Malaysia Sabah (UMS). JPP merupakan jabatan teknikal di UMS yang menjadi tulang belakang kepada universiti. JPP bertindak sebagai jabatan utama dalam melaksanakan program pembangunan dan penyelanggaraan di UMS meliputi penyediaan infrastruktur dan prasarana terbaik untuk warga kampus. Adalah menjadi matlamat kami untuk menjadi sebuah organisasi yang cekap dan berkesan begi memenuhi visi, misi dan objektif dalam memenuhi keperluan universiti.

Melalui laman sesawang ini, JPP akan cuba untuk memberikan maklumat berkaitan kepada pelawat. Kami amat berharap pelawat menadapt maklumat terkini berkaitan JPP dan pihak kami amat mengalu-alukan sebarang maklumbalas dan cadangan membina dalam meningkatkan kualiti penawaran perkhidmatan kepada pelanggan selaras moto JPP iaitu "Keselesaan Anda Keutamaan Kami".

Ikhlas,
Ir. Ts. MOHD ARI NAZRUL BIN ABD. RAHMAN
Pengarah