23 Jul, 2021
28 Jun, 2021
24 May, 2021

Associate Professor Dr. Jurry Foo
Centre for Co-Curriculum and Student Development
Director
Let's take a look through our source of articles regarding the activities, event and news related to the Centre for Co-Curriculum and Student Development, Universiti Malaysia Sabah
EnterUMS Co-Curricular objectives.
Students respond information regarding co-curricular activities.
Youtube
Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar,
Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS, 88400, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Tel : (+6088) 329032
(+6088) 320000 ext. 206500
Email : pkpp[at]ums.edu.my
TERM OF USE | DISCLAIMER | PRIVACY POLICY | SECURITY POLICY | COPYRIGHT POLICY
With all due respect, the matter above is referred to.
Herewith is the UMS-SPRINT:ESG Module (e ISBN 978-629-96684-1-1) published by the Centre for Co-curriculum and Student Development (PKPP) for information and reference.
The UMS-SPRINT:ESG Program has been implemented by students of the Credit-Bearing Co-curricular Course in Semester 2 of the 2023/2024 session where the aspects of Environment (E), Social (S), and Governance (G) form the basis for the implementation of the UMS-SPRINT program.
PKPP believes that the sharing of this module can benefit Universiti Malaysia Sabah.
Click to download module
Sebahagian mahasiswa bangga memperagakan baju tradisi etnik Sabah
KOTA KINABALU: Slogan UMS The BRAIN of BORNEO dizahirkan melalui penganjuran Karnival Kokurikulum Kursus Kokurikulum Berkredit (KarKUMS) bertemakan ‘Borneo Mendunia’ yang berlangsung meriah di Universiti Malaysia Sabah (UMS) semalam.
Program yang menghimpunkan lebih 3,000 mahasiswa itu melibatkan pelajar yang mengikuti Kursus Kokurikulum Berkredit dan turut diserikan dengan kehadiran barisan pengurusan tertinggi universiti termasuk Naib Canselor, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, dekan serta pengarah, selain penyertaan orang awam dan pelancong.
UMS dalam kenyataan memaklumkan, karnival berkenaan turut dianjurkan di Fakulti Pertanian Lestari Sandakan dan Kampus Antarabangsa Labuan minggu lalu, sekali gus memperluas penglibatan komuniti kampus di luar Kota Kinabalu.
Pengarah Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar (PKPP) UMS berkata, tema ‘Borneo Mendunia’ membawa maksud kempen meraikan kepelbagaian etnik global, dengan mahasiswa diberi peluang mempelajari keunikan budaya melalui peragaan busana etnik pelbagai bangsa.
Menurut beliau, sepanjang semester ini PKPP berjaya membimbing pelajar melaksanakan 67 program khidmat masyarakat di seluruh Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan yang bertemakan UMS-SPRINT-SDG-ESG-SULAM (Service Learning Malaysia- University for Society), hasil sokongan dana SULAM daripada Pusat Perkembangan dan Pembangunan Akademik (PPKA) UMS.
“Program berkenaan turut melibatkan kerjasama strategik dengan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, antaranya aktiviti STEM di Sekolah Kebangsaan Darau, pengangkatan Sekolah Kebangsaan Selupoh sebagai sekolah angkat Kursus Seni Batik serta jalinan kerjasama Kursus Bina Urus Komputer bersama Sekolah Kebangsaan Malawa,” katanya.
Sementara itu, Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. Kasim Haji Mansor, ketika merasmikan karnival tersebut menyifatkannya sebagai antara acara paling meriah dan berinformatif berkaitan etnik sepanjang tempoh perkhidmatannya di universiti itu.
Beliau memuji komitmen serta semangat kerjasama tinggi dalam kalangan mahasiswa dan menyatakan keyakinan bahawa penganjuran program di bawah PKPP mampu membentuk kemahiran insaniah sekali gus melahirkan graduan holistik.
Pengarah pelajar KARKUMS, Muhammad Zubair bin Osman, berkata peluang memimpin penganjuran program berskala besar itu memberi pengalaman berharga kepadanya, khususnya dalam aspek kepimpinan dan kerja berpasukan.
Profesor Madya Dr. Jurry Foo, Pengarah Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar (PKPP) UMS
Pelajar tahun dua Fakulti Pendidikan dan Pengajian Sukan itu berkata, pengalaman tersebut diperkukuh melalui bimbingan penyelaras program, Dr. Sharifah Ramahah Amirul dan Dr. Juhar Harun.
KARKUMS turut dimeriahkan dengan penglibatan rakan PKPP, alumni pelajar, penampilan unit beruniform baharu RELASIS dan PASKAM, pameran akademik, persembahan kebudayaan dan bakat, aktiviti sukan serta pertandingan berasaskan etnik global.
Selain itu, karnival berkenaan diserikan dengan kempen derma darah bersama Kementerian Kesihatan Malaysia serta promosi keahlian Malaysia Airlines, sekali gus mencerminkan kerjasama erat antara universiti, agensi kerajaan dan industri.
Presentation Link (Google Meet) & Proposal Evaluation Comment
> Review Proposal Evaluation Comment <
Attention *
Please enter the presentation session by time that have been prerared for each course and exit when the presentation finish to avoid conferens video quota limit full.
Note *
1. Each presentation session from students does not exceed 10 minutes.
2. Presentation slides should be prepared using Microsoft Power Point format.
3. Make sure the presentation using Desktop computer application or Laptop, the use of Smartphone is not recommended.
4. Presentation slides do not exceed 10 pages. The things that need to be in the slides are:
a) Name of activity
b) Objectives
c) Date/ Place/ Day
d) Participation/ Target (including VVIP involved if any)
e) Learning outcomes
f) Tentative
g) Budget
h) Conclusion