Pengumuman Daripada: Pusat Instrumentasi dan Perkhidmatan Sains 

 

 

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

YBhg. Prof. Dr/Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan,

PEMAKLUMAN PEMBUKAAN OPERASI ONLINE BOOKING ANALYSIS SERVICES (OBAS) BERMULA 01 APRIL 2024

Untuk makluman, Permohonan Analisis Sampel Makmal kini boleh dimohon secara atas talian bermula 01 APRIL 2024,  YBhg. Prof. Dr/Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan boleh mengimbas QR Code yang tertera di poster untuk keterangan lebih lanjut atau melalui link berikut;

User Manual : https://docs.ums.edu.my/books/obas/page/steps-to-make-an-application

Portal Permohonan: https://iics.ums.edu.my/

 

Perhatian YBhg. Prof. Dr/Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Jabatan Canselori

 

 

Kajian Kepuasan Pelanggan Pejabat Canselori

Bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kami, mohon kerjasama YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan agar dapat mengisi soal selidik Kajian Kepuasan Pelanggan melalui QR Code tersebut. Maklumbalas anda amat kami hargai.

 

Hasil kajian akan digunakan untuk menambah baik perkhidmatan kepada pelanggan pada masa hadapan.

Sila imbas kod QR di atas atau melaui Pautan:


https://eoffice.ums.edu.my/e-respon/kepuasan_pelanggan.php?id=170&key=CANSELORI

 

Pengumuman Daripada: Institut Kajian Orang Asal Borneo (BorIIS)

 

PERSIDANGAN PEMBANGUNAN ORANG ASAL BORNEO 2024 
BORNEO INDIGENOUS PEOPLES' DEVELOPMENT CONFERENCE 2024
 
Sukacita Institut Kajian Orang Asal Borneo (BorIIS) akan menganjurkan Persidangan Pembangunan Orang Asal Borneo 2024 di Universiti Malaysia Sabah. Persidangan ini adalah platform multidisiplin yang membahas perkembangan terkini dan isu-isu penting yang dihadapi oleh masyarakat Orang Asal/Asli dari pelbagai segi termasuk sosioekonomi, budaya, bahasa, sejarah, dinamika sosiopolitik, dan lain-lain. 
 
📆 23-24 Mei 2024 | 📍 Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu
 
Bertemakan "Ke Arah Masyarakat Madani dan Pembangunan Lestari”, kami mengajak penyertaan sebagai peserta atau sebagai pembentang kertas kerja yang berkaitan dengan tema atau aspek-aspek berikut (tapi tidak terhad kepada):
 
•     Pembangunan Sosioekonomi Orang Asal/Asli
•     Identiti dan Kepelbagaian Budaya
•     Bahasa dan Kesusasteraan Lisan
•     Inisiatif Pemuliharaan Tradisi dan Kearifan Ekologi Tradisional 
•     Undang-Undang dan Adat Orang Asal
•     Pemetaan Komuniti
•     Eko-Pelancongan, Seni Kreatif, Sejarah, dan lain-lain

Pelanjutan Tarikh Pendaftaran & Penghantaran Abstrak 
 
Tarikh Baharu Pendaftaran & Penghantaran Abstrak: Sebelum 14 Apr 2024
Tarikh Baharu Pengumuman Penerimaan: 30 Apr 2024
Tarikh Baharu Penghantaran Kertas Kerja Penuh: 13 Mei 2024
 
Kertas kerja terpilih berpeluang diterbitkan dalam jurnal bertaraf SCOPUS dan MyCite.
💌 Sekretariat: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.  

#ppoab2024 #Borneo #UMS #BorIIS