Pengumuman Daripada: Pusat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (PKKP)

 

 

UMS telah membentuk satu Dasar KKP. Dasar ini menunjukkan kepimpinan serta komitmen yang tinggi terhadap pencegahan kemalangan dan permasalahan kesihatan, pencapaian serta penambahbaikan Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (SPKKP) dan ianya menyediakan suatu kerangka dalam mengadakan dan menyemak semula Objektif dan Program KKP.

Naib Canselor UMS hasil perbincangan dan perundingan dengan pihak kakitangan dan wakilnya melalui Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP-UMS) Bil. 1/2023 pada 21 Februari 2023 telah bersetuju mengemas kini Dasar KKP (Semakan 5/2022) yang:

  1. Menegaskan komitmen bagi mewujudkan keadaan kerja yang selamat dan sihat bagi mencegah kecederaan dan kesan kesihatan;
  2. Menyediakan asas bagi membangunkan Objektif dan Program KKP.
  3. Merangkumi komitmen kepada pematuhan keperluan perundangan dan lain-lain keperluan berkaitan;
  4. Merangkumi komitmen dalam menghapuskan hazard dan mengurangkan risiko KKP;
  5. Merangkumi komitmen untuk menambahbaik secara berterusan SPKKP;
  6. Merangkumi komitmen dalam perundingan dan penyertaan kakitangan untuk terlibat aktif dalam semua elemen SPKKP.

Dasar KKP UMS juga:

  • Didokumentasikan sebagai dokumen
  • Dikomunikasikan kepada semua kakitangan;
  • Dikomunikasikan kepada pihak berkepentingan;
  • Dikemaskini agar ia relevan dan bersesuaian dengan konteks organisasi.

Sehubungan itu, selaras dengan keperluan peruntukan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan keperluan SPKKP, Dasar KKP perlu dikomunikasikan kepada semua kakitangan UMS, Justeru, dimohon semua kakitangan untuk membaca dan memahami kandungan Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UMS yang diedarkan melalui surat PKKP dengan rujukan UMS/PKKP2.5/500-6/3/1 bertarikh 31 Mac 2023 kepada semua Ketua JAFPIB.

Sekian.

 

Pengumuman Daripada: Fakulti Kejuruteraan (FKJ)

 

 

Fakulti Kejuruteraan (FKJ), Universiti Malaysia Sabah (UMS) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan akademik seperti tertera pada poster. 

 

Pemohon perlu mengemukakan CV dan salinan sijil-sijil akademik yang disahkan benar kepada Pejabat Pentadbiran Fakulti Kejuruteraan melalui e-mel:

 

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 

 

Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk sesi temu duga.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 April 2023 (Ahad).

Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.