Pengumuman daripada: Pusat Pengurusan NR dan Fasiliti Perumahan Pelajar
Pengumuman daripada: Pusat Pengurusan NR dan Fasiliti Perumahan Pelajar
Pengumuman Daripada: Pusat Minda Lestari
Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Strategik dan Komunikasi Korporat
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Keluarga Malaysia,
YBhg. Tan Sri/ Dato’ Seri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) ingin mempelawa calon-calon daripada Warganegara Malaysia yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan/ Perkhidmatan Awam Negeri/ Badan Berkanun/Pihak Berkuasa Tempatan yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan di Education Malaysia (EM), KPT seperti berikut:
Bil. | Jawatan |
1 | Pengarah Gred 52/54 (Terbuka) di EM London |
Syarat-syarat umum
Berikut adalah syarat-syarat utama:
1. Pengarah Gred 52/54 (Terbuka) di Education Malaysia London
2. Pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) apabila dipinjamkan ke gred lebih tinggihendaklah telah berkhidmat di gred jawatan hakiki tidak kurang daripada lima (5) tahun kecuali:
3. Mempunyai pengalaman dalam perkhidmatan Kerajaan dan baki perkhidmatan sekurang-kurangnya 5 tahun sebelum mencapai tarikh persaraan wajib;
4. Mempunyai pengalaman dalam tugas pentadbiran, pengurusan kewangan, pengurusan aset, promosi dan pemasaran serta jaringan kolaborasi antarabangsa;
5. Mempunyai kemahiran Bahasa Inggeris dengan kelulusan IELTS sekurang-kurangnya band 6.5 (salinan keputusan IELTS perlu dikemukakan sebagai prasyarat sekiranya ditawarkan jawatan). Kos perbelanjaan yang berkaitan adalah atas tanggungan pegawai;
6. Berkebolehan bertutur dengan fasih dan menulis dengan baik dalam Bahasa Inggeris;
Keutamaan diberi kepada pemohon-pemohon berikut:
Cara Memohon
Semua permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan KPT.S.500/8/2/6 Jld.6 [Pindaan 2020] yang disertakan bersama e-mel ini.
Permohonan hendaklahdisertakan dengan dokumen-dokumen yang telah disahkan oleh Ketua Jabatan seperti berikut:
Semua permohonan yang lengkap diisi berserta dokumen-dokumen yang diperlukandan hendaklah disokong dan dikemukakan melalui Ketua Jabatan (covering letter) kepada:
Ketua Setiausaha
Kementerian Pengajian Tinggi
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Aras 15, No.2, Menara 2
Jalan P5/6, Presint 5
62200 W.P. PUTRAJAYA
(u.p: Urusan Pengambilan EM)
Tarikh Tutup Permohonan:
Tarikh tutup permohonan adalah sebelum atau pada 22 Julai 2022. Permohonan yang tidak lengkap dan lewat diterima daripada tarikh yang dinyatakan tidak akan dipertimbangkan.
Temu duga
Hanya calon yang layak dan di senarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk ditemu duga. Permohonan adalah dianggap tidak berjaya sekiranya pemohon tidak menerima sebarang panggilan ke temu duga dalam tempoh enam (6) bulan daripada tarikh tutup permohonan.
Pertanyaan
Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada pihak Urus Setia melalui e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..
Segala kerjasama dan perhatian YBhg. Tan Sri/ Dato’ Seri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan untuk menghebahkan kepada kakitangan masing-masing berkenaan perkara ini amat dihargai dan didahului ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Pengumuman Daripada: Hospital UMS
Announcement From: Confucius Institute, UMS
Terma Pengguna | Penafian | Dasar Privasi | Polisi Keselamatan | Dasar Hak Cipta | Paparan Terbaik 1366x768