Pengumuman Daripada: Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, UMS

 

 

Notis Penutupan Sementara Pelayan pangkalan data utama & aplikasi web untuk kerja penyelenggaraan Pelayan pada 09 April 2022 (Sabtu) dari jam 8.00 pagi hingga jam 4.00 Petang

Adalah dimaklumkan bahawa kerja-kerja penyelenggaraan dan naik taraf Pelayan Utama di Infrastruktur Pusat Data, Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK), UMS akan dilaksanakan bagi menyediakan kemudahan perkhidmatan yang lebih baik.

 

Sehubungan dengan itu, terdapat GANGGUAN CAPAIAN TERHADAP KESELURUHAN SISTEM DALAMAN UNIVERSITI  yang dijadualkan akan BERMULA DARI JAM 8.00 PAGI HINGGA 4.00 PETANG, PADA 9 April 2022 (Sabtu).

 

Diharapkan pihak-pihak berkenaan dapat mengambil maklum dan tindakan sewajarnya terhadap kesan daripada kerja-kerja penyelenggaraan di atas.

 

Segala Kesulitan amat dikesali

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Keselamatan, UMS

 

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

 

YBhg. Prof. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan,

 

Adalah dimaklumkan bahawa, Bahagian Keselamatan sedang melaksanakan kajian kepuasan pelanggan bagi meningkatkan mutu dan kualiti perkhidmatan kami.

 

2. Sehubungan dengan itu, mohon jasa baik YBhg. Prof. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan untuk mengisi Borang Kajian Kepuasan Pelanggan di pautan berikut:

 

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSecyBWnhY2ZVdGnnUp643SZy0_tF9VmKHgXUH5PIIOZW5tqHA/viewform?usp=pp_url&entry.827648600=KESELAMATAN

 

3. Pandangan YBhg. Prof. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan amatlah kami hargai bagi membantu dalam meningkatkan tahap perkhidmatan kami secara berterusan. Pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian YBhg. Prof. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan dalam mengisi dan menjadi responden kajian kepuasan pelanggan ini.

 

Sekian dan terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar, UMS

 

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Tuan/Puan,

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Sesi Taklimat Format Baharu Sasaran Kerja Tahunan (SKT) LNPT Pentadbiran bagi tahun 2022 akan diadakan pada ketetapan seperti yang berikut;

 

Tarikh : 7 April 2022 (Khamis)

Masa   : 2.30 Petang

Secara dalam talian : shorturl.at/rIO56

 

Sehubungan itu, dijemput semua ahli KEKAUMAS dan Kakitangan Pelaksana untuk hadir ke sesi ini. Untuk makluman Tuan/Puan, sesi ini akan diadakan secara dalam talian sahaja.

 

Perhatian pihak Tuan/Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

 

Sebarang pertanyaan lanjut:

Sektor Prestasi dan Psikologi

💻📨 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

📝📲 0168917313 / 0168065272 / 0168446578

 

Tarikh kemaskini : 6 April 2022

 

 

Pengumuman Daripada: Jabatan Bendahari, UMS

 

 

 Tajuk :  MAYBANK Financing Solution...ZOOM Webinar!

 

📆 Tarikh            : 7 April 2022 (Khamis)

🕝 Masa             : 11.00 am - 12.00 pm

🛰 Pautan          : Webex : https://maybank.zoom.us/j/6477217570

 

✅ Dipelawa kepada semua warga UMS yang berminat

 

🔊 Bah, jom kita sertai beramai-ramai webinar menarik dari pihak Maybank! 🙋🏻‍♂️🙋🏻‍♀️

🎁Cabutan bertuah disediakan🎊

 

 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.