Pengumuman Daripada: Pusat Kolaborasi Dan Libatsama Industri, UMS

 

 

Program *Road2Growth* ialah sebuah platform yang diwujudkan oleh *Malaysian Technology Development Corporation (MTDC)* untuk membantu usahawan, startup, innovator dan penyelidik meneroka peluang pembangunan teknologi, perniagaan dan kapasiti.

 

Program ini akan dijalankan di enam (6) buah bandaraya seluruh Malaysia dengan penekanan kepada industri 4.0 dan pendigitalan.

 

Daftar sekarang utk *wilayah Sabah & Sarawak* yang akan dijalankan pada *21 March 2022* dan *23 March 2022* di https://www.mtdc.com.my/r2g2022/ untuk menyertai program ini secara fizikal atau secara maya.

 

Pendaftaran adalah *PERCUMA*!

 

Pengumuman Daripada: Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan, UMS

 

Notis Penutupan Bekalan Elektrik Di Bangunan Dewan Canselor Dan Pusat Perkhidmatan Pelajar Pada 18 Mac 2022 (Jumaat) (.pdf)

 

Warga Kampus yang dihormati sekalian, JPP perlu membuat penutupan bekalan elektrik seperti butiran berikut:

 

Tarikh: 18 Mac 2022 (JUMAAT)

Anggaran Tempoh: 2 Jam 30 Minit (6:30 PM- 9:00 PM)

Tujuan: Melaksanakan kerja-kerja pengujian beban bagi janakuasa tunggusedia (Stanby Genset) untuk tujuan persediaan Konvokesyen

Lokasi yang telibat: Dewan Canselor & Pusat Perkhidmatan Pelajar

 

Sekiranya terdapat sebarang halangan bagi meneruskan kerja di atas, pihak tuan/puan boleh menghubungi Jurutera Elekrik Kanan, Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan (Puan Nurul Ain Binti Abdullah -013-8791017) atau Penolong Jurutera (En Zasmin Utuh -013-892 6428)

 

JPP amat menghargai kesabaran anda dan segala kesulitan amatlah dikesali.

 

Pengumuman Daripada: Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi, UMS

 

Pemakluman Berkenaan Jawatankuasa ICT Dan Kategori Bukan ICT Dan Bukan ICT Bagi Tujuan Perolehan ICT (.pdf)

 

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,

 

YBrs. Prof/Dr/Tuan/Puan,

 

Dengan segala hormatnya pihak kami ingin berkongsi maklumat berkenaan Jawatankuasa ICT yang terdapat di UMS dan juga Panduan Kategori Bukan ICT dan Bukan ICT bagi tujuan perolehan ICT.

 

Ingin dimaklumkan terdapat perolehan ICT yang memerlukan kelulusan spesifikasi teknikal sebelum aktiviti perolehan dapat dilaksanakan. Maklumat lanjut boleh diperolehi dari dokumen yang dilampirkan bersama pengumuman ini.

 

Untuk maklumat lanjut, boleh berhubung dengan kami di talian UCS 102646.

 

Sekian, terima kasih.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.