PENGUMUMAN DARIPADA: PERPUSTAKAAN UMS
SUBJEK:  PROGRAM JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT 2017
 
Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.
 
Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan,
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perpustakaan akan menganjurkan Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit 2017 Pada 25 April 2017.
 
Sehubungan itu, Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan adalah dijemput bersama-sama memeriahkan Program ini di Perpustakaan UMS atau di JFPIU masing-masing.
 
Sekian, terima kasih.

PENGUMUMAN DARIPADA: PUSAT PENGURUSAN STRATEGIK DAN AKADEMIK
SUBJEK: JERAYAWARA UNITP ORANGE BOOK (ZON SABAH)

 
ATURCARA
JERAYAWARA UniTP ORANGE BOOK ZON SABAH
21 APRIL 2017 (Jumaat)
AUDITORIUM PUSAT PENGAJIAN PASCASISWAZAH UMS
 
 
8:30 – 9:00 pagi          : Pendaftaran peserta
 
9:00 – 9:15 pagi          : Ketibaan wakil KPT dan Pegawai Utama
 
9.15 pg                        : Ketibaan Datuk Naib Canselor UMS
 
                                    : Nyanyian Negara Ku
 
                                    : Bacaan Doa
 
9:25 – 9:35 pagi          : Kata-kata Aluan daripada YBhg. Prof. Datuk Dr. Mohd Harun
                                      Abdullah, Naib Canselor UMS
 
9:35 – 10:20 pagi        : Chapter 1: Differentiated Career Pathways for Talent Excellence
                                      oleh YBhg. Prof. Dr. Rose Alinda Alias
                                      Profesor, Fakulti Komputeran UTM /
                                      Ahli Penulis UniTP Orange Book
 
10:20 – 11:05 pagi      : Chapter 2: Implementation Differentiated Career Pathways
              oleh YBhg. Prof. Dr. Rose Alinda Alias
                                      Profesor, Fakulti Komputeran UTM /
                                      Ahli Penulis UniTP Orange Book
 
11:05 – 11:45 t/hari     : Chapter 3: Developing and Sustaining Leadership Excellence
                                      Oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Mohd Rusdan bin Mohd Jailani
                                      Timbalan Pengarah, Pusat Latihan Kepimpinan,
                                      Akademik Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) /
                                      Ahli Penulis UniTP Orang Book.
 
11:45 – 12:00 t/hari     : Sesi Soal Jawab
 
 
Pegawai untuk dihubungi
  1. Puan Junainah Ismail, 088 320 000 samb. 1054
  2. Encik Abdul Nawi Bin Ngeh, 088 320 000 samb. 1292
 

PENGUMUMAN DARIPADA : JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
SUBJEK : SESI PENYELENGGARAAN DAN PENGUJIAN SISTEM AUTOMASI PEJABAT (SISEF)
 
Pengumuman ini ditujukan kepada semua pengguna SISTEM AUTOMASI PEJABAT (SISEF)
SISTEM AUTOMASI PEJABAT (SISEF) akan melalui sesi penyelenggaraan dan pengujian pada ketetapan berikut:-             
  • Tarikh : 19 April 2017 (Rabu)
  • Masa  : 5.30 PM - 11.00 PM
Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama daripada semua pengguna agar tidak melakukan sebarang aktiviti di dalam SISTEM AUTOMASI PEJABAT (SISEF) pada waktu berkenaan untuk mengelakkan gangguan terhadap proses penyelenggaraan dan pengujian sistem berkenaan.
Pihak kami memohon maaf di atas segala kesulitan yang dihadapi.
 
Sekian, Terima Kasih
 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.