- Jumlah paparan: 1442
PEMBUKAAN BAGI TEMPAHAN SIJIL DAN MEDAL TAMBAHAN SEMPENA PERTANDINGAN PENYELIDIKAN DAN REKACIPTA (PEREKA) 2018
PENGUMUMAN DARIPADA: PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI
SUBJEK: PEMBUKAAN BAGI TEMPAHAN SIJIL DAN MEDAL TAMBAHAN SEMPENA PERTANDINGAN PENYELIDIKAN DAN REKACIPTA (PEREKA) 2018
YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa, tempahan sijil dan medal tambahan sempena Pertandingan Penyelidikan dan Rekacipta (PEREKA) 2018 telah dibuka sehingga 4 Februari 2019 dan kadar bagi sijil serta medal tambahan adalah seperti berikut:
Bil. | Perkara | Kadar |
1. | Sijil | RM10.00 |
2. | Medal | RM50.00 |
3. Tempahan bolehlah dibuat dengan membuat pembayaran di Kaunter Terimaan Bendahari terlebih dahulu dan menghantar Borang Tempahan berserta resit bayaran tersebut ke PPPI menggunakan Borang Tempahan seperti di lampiran. Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah berhubung terus dengan Urus Setia seperti berikut:
Nama Urus Setia | No. Samb. | E-mel |
Pn. Zainoriah Matnoor | 613808 | Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. |
Pn. Roslia Mathew | 613822 | Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. |
Cik Masrina Maujar | 613815 | Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. |
Sekian, terima kasih.