PENGUMUMAN DARIPADA: PERPUSTAKAAN UMS
SUBJEK: PENUTUPAN PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN PADA 24 APRIL 2017
 
Pengguna Perpustakaan yang dihormati, Untuk Makluman Perkhidmatan Perpustakaan akan ditutup pada ketetapan  berikut:-
 
Hari Pelepasan Am Tambahan Pada 24 April 2017 (Isnin) Sempena Istiadat Pertabalan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V
 
Untuk Perkhidmatan yang berterusan sila layari laman web Perpustakaan UMS seperti berikut:
 
  • http://library.ums.edu.my
  • atau ezproxy.ums.edu.my/login
 

PENGUMUMAN DARIPADA              :  BAHAGIAN SUMBER MANUSIA, JABATAN PENDAFTAR    
KEPADA                                             :   KAKITANGAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
SUBJEK                                              :   BORANG PERMOHONAN/PENCALONAN ANUGERAH KHAS UNIVERSITI BAGI MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN UNIVERSITI (AKU) 20162016
 
YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,
 
BORANG PERMOHONAN/PENCALONAN ANUGERAH KHAS UNIVERSITI BAGI MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN UNIVERSITI (AKU) 2016
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
2.       Adalah dimaklumkan bahawa Majlis Anugerah Kecemerlangan Universiti (AKU) akan diadakan pada 22 Mei 2017 (Isnin) bertempat di Kompleks Dewan Kuliah Pusat Ke-2 Universiti Malaysia Sabah.
 
3.       Sehubungan itu, mohon kerjasama YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan untuk mencalonkan sekiranya terdapat kakitangan Akademik dan Pentadbiran yang terlibat dalam apa-apa kegiatan, aktiviti dan sumbangan diperingkat kebangsaan dan antarabangsa. Bersama-sama ini disertakan Borang Permohonan/Pencalonan Anugerah Khas Universiti bagi Tahun 2016 untuk perhatian dan tindakan selanjutnya di pihak YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan.
 
4.       Borang ini hendaklah dikembalikan sebelum atau pada 08 Mei 2017 (Isnin) kepada urusetia Anugerah Khas UMS Majlis Anugerah Kecemerlangan Universiti (AKU), Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar atau melalui faks 320047 atau e-mail kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. dan Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..
 
Perhatian  YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan, dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian.

PENGUMUMAN DARIPADA: JABATAN PENDAFTAR
SUBJEK: PEKELILING PENDAFTAR BIL. 10 TAHUN 2017: GARIS PANDUAN PROGRAM SANGKUTAN INDUSTRI KAKITANGAN PENTADBIRAN UMS
 
SEMUA KETUA JABATAN
(Senarai edaran seperti di lampirkan)
 
Y.Brs. Prof./Datin/Dr./Tuan/Puan;
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
2.       Bersama ini disertakan Pekeliling Pendaftar Bilangan 10 Tahun 2017 yang jelas maksudnya mengenai perkara tersebut di atas untuk makluman dan tindakan lanjut pihak Y.Brs. Prof./Datin/Dr./Tuan/Puan.
 
3.       Mohon perkara ini dimaklumkan kepada semua kakitangan di J/F/P/I/U/B masing-masing. Pekeliling tersebut boleh dicapai melalui laman web Jabatan Pendaftar (http://www.ums.edu.my/pendaftar/).
 
Segala perhatian dan kerjasama dari pihak Y.Brs. Prof./Datin/Dr./Tuan/Puan, dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian.

PENGUMUMAN DARIPADA: PUSAT PENYELIDIKAN DAN INOVASI (PPI)
PEGAWAI DIHUBUNGI :  URUS SETIA PENYELIDIKAN, SAMB;1034/4146/1065
SUBJEK:   JEMPUTAN UNTUK MENGEMUKAKAN PERMOHONAN BAGI MENDAPATKAN KELULUSAN MENJALANKAN PENYELIDIKAN MELIBATKAN PENGGUNAAN HAIWAN, DAN KELULUSAN SEBAGAI INVESTIGATOR PROJEK

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.
 
Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan,
 
Sebagaimana yang Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan telah sedia maklum, Kod Amalan Untuk Penjagaan dan Penggunaan Haiwan bagi Tujuan Saintifik telahpun dinyatakan menerusi Pekeliling TNC(P&I) Bil. 2 Tahun 2015.
 
Sehubungan itu, Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan adalah dijemput untuk mengemukakan permohonan yang lengkap kepada Pusat Penyelidikan dan Inovasi (PPI) bagi mendapatkan kelulusan menjalankan penyelidikan melibatkan penggunaan haiwan, dan kelulusan sebagai Investigator Projek seperti di lampiran.
 
Untuk makluman Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan juga, permohonan yang lengkap akan dipertimbangkan dan diluluskan oleh Jawatankuasa Etika Haiwan UMS (JEHUMS) yang dijadualkan akan bersidang pada 15 Jun 2017 (Khamis).
 
Sekian, terima kasih.
 
Lampiran:

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.