PENGUMUMAN DARIPADA: PERPUSTAKAAN UMS
SUBJEK: PENUTUPAN PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN PADA 25 DISEMBER 2018 & 01 JANUARI 2019
 
Pengguna Perpustakaan yang dihormati, Untuk Makluman Perkhidmatan Perpustakaan akan ditutup pada ketetapan  berikut:-
  • 25 Disember 2018      –    Hari Krismas (Selasa)
  • 01 Januari 2019         -    Tahun Baru     (Selasa)
Untuk Perkhidmatan yang berterusan sila layari laman web Perpustakaan UMS seperti berikut:
 
  • http://library.ums.edu.my
  • atau ezproxy.ums.edu.my/login
 

PENGUMUMAN DARIPADA: PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI

SUBJEK: MAJLIS PELANCARAN BUKU REALITI BERPERANTARA “GERGASI DAN PENGHUNI RUMAH PANJANG” DAN “THE GIANT AND THE LONGHOUSE FOLK”, KERJASAMA PENERBITAN DI ANTARA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS) DAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (DBP)

PENGUMUMAN DARIPADA: PUSAT MINDA LESTARI
SUBJEK: PENDAFTARAN KANAK-KANAK PUSAT MINDA LESTARI BAGI SESI KEMASUKAN JANUARI TAHUN 2019
 
IBU BAPA / PENJAGA KANAK-KANAK
PUSAT MINDA LESTARI
 
Tuan/Puan,
 
PENDAFTARAN KANAK-KANAK PUSAT MINDA LESTARI BAGI SESI KEMASUKAN JANUARI TAHUN 2019
 
Sukacita dimaklumkan bahawa hari pendaftaran bagi kanak-kanak yang telah diterima untuk mengikuti program di Pusat Minda Lestari, Universiti Malaysia Sabah bagi sesi Kemasukan Januari tahun 2019 akan diadakan pada ketetapan berikut:
 
Tarikh: 20 Disember 2018 (Khamis)
Masa: 9.00 pagi – 4.00 petang
Tempat: Dewan Sukan, Pusat Minda Lestari
 
Sehubungan itu, mohon Ibu Bapa/Penjaga Kanak-Kanak yang telah ditawarkan mengikuti program di Pusat Minda Lestari untuk mengambil surat tawaran sebelum atau pada hari pendaftaran tersebut. Kegagalan pihak tuan/puan untuk mengambil surat tawaran dan seterusnya mendaftarkan anak tuan/puan pada hari pendaftaran akan dianggap sebagai menolak tawaran tersebut.
Sekian dan terima kasih.

PENGUMUMAN DARIPADA : JABATAN BENDAHARI  UMS
PEGAWAI DIHUBUNGI : SEKSYEN PERKHIDMATAN KAKITANGAN
SUBJEK : SLIP GAJI BULAN DISEMBER 2018  DAN BAYARAN KHAS TAHUN 2018
 
Y.Bhg Prof/ Datuk/ Datin/Dr/ Tuan/puan,
 
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
Adalah dimaklumkan bahawa pembayaran gaji bulan Disember 2018 telah diproses secara pindahan bank dan dikreditkan ke akaun gaji seperti biasa. Namun, slip gaji bulan Disember 2018 masih belum dapat diakses melalui portal kakitangan buat sementara waktu disebabkan isu teknikal sistem.
 
Bayaran Khas Tahun 2018 telah diproses melalui penghantaran cek ke bank dan tertakluk kepada proses perbankan. Bayaran khas akan dikreditkan ke akaun gaji kakitangan secara berperingkat mulai 18 Disember 2018.
 
Pertanyaan lanjut berkaitan isu ini bolehlah berhubung melalui emel  di alamat: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.. Sebarang kesulitan amatlah dikesali.
 
Terima kasih atas sokongan semua. Sekian.