PENGUMUMAN DARIPADA: BAHAGIAN PERHUBUNGAN KORPORAT

SUBJEK: PAUTAN KE PORTAL MyHEALTH, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

 

Tuan\Puan,
 
Merujuk kepada perkara di atas, Kementerian Kesihatan Malaysia berhasrat untuk meluaskan lagi penyampaian maklumat kesihatan kepada masyarakat umum menerusi internet.
 
Untuk makluman tuan/puan, Bahagian Pendidikan Kesihatan telah diberi tanggungjawab untuk menguruskan Portal MyHEALTH seterusnya bersama-sama KKM dalam usaha memastikan visi perkhidmatan kesihatan tercapai.
 
Oleh yang demikian, jasa baik daripada pihak tuan/puan adalah dipohon untuk meletakkan pautan di portal pihak tuan/puan ke Portal MyHEALTH (http://www.myhealth.gov.my/). Ini bertujuan untuk memudahkan dan melancarkan lagi penyampaian maklumat kesihatan kepada masyarakat umum secara berkesan dari segenap arah. 
 
Bersama-sama ini disertakan logo MyHEALTH (sebagai logo pautan) dan risalah untuk menerangkan lebih lanjut maklumat berkaitan perkhidmatan yang disediakan di portal MyHEALTH. 
 
Segala komitmen dan sokongan yang diberikan oleh pihak tuan/puan diharap akan menjayakan usaha murni ini sekaligus meningkatkan kepercayaan masyarakat umum terhadap Portal MyHEALTH sebagai sumber maklumat kesihatan yang komprehensif, boleh dipercayai, tepat dan terkini yang merangkumi aspek pencegahan, rawatan dan pemulihan yang dibangunkan oleh pakar tempatan. 
 

PENGUMUMAN DARIPADA  :  SEKSYEN KEMAJUAN KERJAYA BAHAGIAN SUMBER MANUSIA, JABATAN PENDAFTAR   
              
KEPADA  :  KAKITANGAN AKADEMIK - PROFESOR GRED KHAS A,  GRED KHAS B DAN GRED KHAS C (BERJAWATAN TETAP/KONTRAK/SETARAF)
 
SUBJEK : IKLAN KEKOSONGAN BAGI JAWATAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK DAN ANTARABANGSA) DAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR DAN  ALUMNI) UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
 
SENARAI EDARAN SEPERTI DI LAMPIRAN
 
YBhg. Datuk / Dato’ / Datin /  Prof.,
 
IKLAN KEKOSONGAN BAGI JAWATAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK DAN ANTARABANGSA) DAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI) UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
 
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
 
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) mempelawa kakitangan akademik yang berminat bagi mengisi kekosongan jawatan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) seperti berikut:
 
Bil.
Jawatan
Universiti
Tarikh Tutup Permohonan
1
Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
31 Mac 2017
2
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)
 
3. Bersama ini dilampirkan hebahan iklan Jawatan untuk makluman dan perhatian YBhg. Datuk/ Dato’ / Datin / Prof.
 
Sekian.
 

PENGUMUMAN DARIPADA:  PUSAT PENYELIDIKAN DAN INOVASI (PPI)
PEGAWAI DIHUBUNGI:  URUS SETIA PENYELIDIKAN, SAMB  1034/4146/1065
SUBJEK:  PELAWAAN UNTUK MENGEMUKAKAN PERMOHONAN BAGI DANA PENYELIDIKAN HARTA TANAH NEGARA (NAPREC), JABATAN PENILAIAN DAN PERKHIDMATAN HARTA (JPPH), KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.
 
Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan,
 
Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan bagi Dana Penyelidikan Harta Tanah Negara (NAPREC) melalui Institut Penilaian Negara (INSPEN), Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), Kementerian Kewangan Malaysia telah dibuka.
 
Sehubungan itu, Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan adalah dipelawa untuk mengemukakan permohonan dana penyelidikan di dalam bidang harta tanah mengikut format yang telah diberikan, dan mengemukakan borang permohonan yang telah lengkap diisi kepada Pusat Penyelidikan dan Inovasi (PPI) sebelum atau pada 10 April 2017 (Isnin).
 
Untuk makluman Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan, keutamaan akan diberikan kepada penyelidikan yang boleh memberi impak kepada pembangunan harta tanah negara dan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA). Disertakan bersama ialah surat pelawaan, garis panduan dan borang permohonan untuk makluman dan perhatian Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan.
 
Sekian, terima kasih.
 
Lampiran:

PENGUMUMAN DARIPADA: FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
SUBJEK: PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM DIPLOMA KEJURURAWATAN  SESI SEPTEMBER 2017/2018
 
Calon-calon warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa memohon bagi mengikuti program Diploma Kejururawatan Universiti Malaysia Sabah (Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan) seperti yang disenaraikan bagi Sesi Akademik 2017/2018.
 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.