PENGUMUMAN DARIPADA: PERPUSTAKAAN UMS
SUBJEK: PENUTUPAN PERPUSTAKAAN SEMPENA TAHUN BARU CINA
 
 
Pengguna Perpustakaan yang dihormati, Untuk Makluman Perkhidmatan Perpustakaan akan ditutup pada ketetapan  berikut:-
 
28 - 30 Januari 2017 (Sabtu - Isnin) –   Tahun Baru Cina
 
Untuk Perkhidmatan yang berterusan sila layari laman web Perpustakaan UMS seperti berikut:
 
 
atau ezproxy.ums.edu.my/login
 
“Pihak Perpustakaan mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Cina .”

PENGUMUMAN DARIPADA: BAHAGIAN KESELAMATAN
SUBJEK:  PERINGATAN KESELAMATAN
 
PERINGATAN KESELAMATAN
 
Sempena dengan cuti umum tahun baru cina dan cuti gantian [tahun baru cina jatuh pada 29 januari 2017 (ahad)] pada 28, 29 & 30 januari 2017, semua warga universiti (kakitangan dan pelajar) adalah dinasihatkan untuk mengambil langkah-langkah perlu untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku sepanjang tempoh cuti umum tersebut.
 
Antara langkah yang perlu adalah seperti berikut :
 
  1. Memastikan pintu-pintu bilik dan pejabat dikunci sebelum meninggalkan bilik atau pejabat.
  2. Simpan barang-barang berharga di tempat yang selamat dan berkunci.
  3. Sila maklumkan bahagian keselamatan sekiranya anda meninggalkan kenderaan di dalam kawasan universiti untuk tujuan pemantauan. Untuk makluman, bahagian keselamatan juga menyediakan perkhidmatan bagi meletakkan kenderaan di kawasan parkir pejabat keselamatan.
  4. Laporkan dengan kadar segera kepada pihak keselamatan sekiranya anda terlihat atau mengesyaki terdapat aktiviti jenayah / orang yang mencurigakan di dalam kawasan kampus
  5. Anda boleh datang teruske pejabat keselamatan atau menghubungi pihak keselamatan di talian 088-320111
 
Kerjasama dan tindakan semua pihak berhubung perkara ini amatlah dihargai.
 
Sekian dan terima kasih.

PENGUMUMAN DARIPADA: JABATAN PENDAFTAR
 
SUBJEK: PEKELILING PENDAFTAR BILANGAN 1 TAHUN 2017: PERTUKARAN NAMA KUMPULAN PERKHIDMATAN BUKAN AKADEMIK KEPADA KUMPULAN PERKHIDMATAN PENTADBIRAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
 
Bersama ini disertakan Pekeliling Pendaftar Bilangan 1 Tahun 2017 yang jelas maksudnya mengenai perkara tersebut di atas untuk makluman dan tindakan lanjut pihak Y.Brs. Prof./Datin/Dr./Tuan/Puan.
 
Mohon perkara ini dimaklumkan kepada semua kakitangan di J/F/P/I/U/B masing-masing. Pekeliling tersebut boleh dicapai melalui laman web Jabatan Pendaftar (http://www.ums.edu.my/pendaftar/). Maklumat lanjut mengenai pekeliling ini boleh menghubungi En. Ismail Ladama, Penolong Pendaftar, Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar di talian 088-320 000 samb. 1444.
 
 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.