PENGUMUMAN DARIPADA: JABATAN PENDAFTAR
 
SUBJEK: PEKELILING PENDAFTAR BILANGAN 1 TAHUN 2017: PERTUKARAN NAMA KUMPULAN PERKHIDMATAN BUKAN AKADEMIK KEPADA KUMPULAN PERKHIDMATAN PENTADBIRAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
 
Bersama ini disertakan Pekeliling Pendaftar Bilangan 1 Tahun 2017 yang jelas maksudnya mengenai perkara tersebut di atas untuk makluman dan tindakan lanjut pihak Y.Brs. Prof./Datin/Dr./Tuan/Puan.
 
Mohon perkara ini dimaklumkan kepada semua kakitangan di J/F/P/I/U/B masing-masing. Pekeliling tersebut boleh dicapai melalui laman web Jabatan Pendaftar (http://www.ums.edu.my/pendaftar/). Maklumat lanjut mengenai pekeliling ini boleh menghubungi En. Ismail Ladama, Penolong Pendaftar, Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar di talian 088-320 000 samb. 1444.
 
 

PENGUMUMAN DARIPADA: PUSAT ISLAM UMS
SUBJEK: HEBAHAN KLINIK AL-QURAN DAN IQRA’ SIRI 1 - ANJURAN SEKRETARIAT HELWA, PUSAT ISLAM UNIVERSITI MALYSIA SABAH (PIUMS)
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Sekretariat HELWA, Pusat Islam UMS akan menganjurkan Klinik Al-Quran Dan Iqra’  Siri 1 (Wanita Sahaja) pada ketetapan seperti maklumat berikut:
 
Tarikh             : Bulan Februari - November 2017
Hari                : Setiap Hari Selasa Dan Khamis
Masa               : 11.30 Pagi - 12.30 Tengahari
Tempat           : Bilik Mesyuarat Pusat Islam UMS
Yuran             : RM35.00 termasuk 6% GST
                                                             
Penyertaan program ini adalah terbuka kepada semua kakitangan dan pelajar UMS serta masyarakat sekitar UMS. Sehubungan dengan itu, kerjasama Y. Bhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./ Tuan/Puan/Saudara/Saudari adalah dipohon agar dapat memanjangkan perkara ini kepada kakitangan di bawah seliaan Y. Bhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan/Saudara/Saudari untuk menggalakkan penyertaan.
 
Bersama-sama dengan surat ini, disertakan borang penyertaan kelas tersebut seperti di lampiran. Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah menghubungi Ustazah Salinah Ramlee di talian H/P : 019-8421030 / Pej. : 088-320000 - Samb. 2730 / atau Ustazah Noorisah Taljid di talian H/P : 013-8306744 / Pej. :   088-320000 - Samb. 2743.                           
 
Segala kerjasama dan keprihatinan pihak Y. Bhg. Datuk/Datin /Prof./ Dr./Tuan/ Puan/Saudara/ Saudari berhubung perkara ini kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
 

PENGUMUMAN DARIPADA: JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
SUBJEK: AKTIVITI MIGRASI PANGKALAN DATA UNTUK KERJA-KERJA PEMBANGUNAN DRC
 
Dimaklumkan bahawa capaian ke sistem aplikasi UMS berikut ditutup sementara bagi memberi ruang kepada kerja-kerja penyelenggaraan pelayan pada 21/JAN/2017 (SABTU) dari Jam 12:00AM hingga 12PM tengahari .
 
Sistem-sistem terlibat adalah seperti berikut:
 
1
Sistem Kedatangan Pekerja (e-Attendance)
2
Sistem Hal Ehwal Pelajar & Alumni
3
MySDP
4
Portal Alumni
5
Portal Kewangan
6
Pu-02
7
Pu-03
8
I-Claim
9
Portal Pembekal
10
Portal Single Sign On Kakitangan
11
Sistem Pengurusan Aset
12
Total Aset Management System
13
Sistem Pengurusan Stor
14
Sistem Maklumat Pengurusan Penyelidikan dan Persidangan
15
Sistem Automasi Pejabat
16
Sistem Maklumat Pelajar Bersepadu
17
Sistem Maklumat Pelajar Asasi Sains
18
Sistem Maklumat Pelajar Pra-Siswazah
19
Sistem Maklumat Pelajar Pasca Siswazah
20
Sistem Maklumat Pelajar Pensiswazahan Guru (Pra-Siswazah)
21
Sistem Maklumat Pelajar Sekolah Perubatan Pra-Siswazah
22
E-lnpt Guru
23
Sistem CV Online
 
Segala kesulitan amat kami kesali.
*Sistem CCTV, SAGA, Perpustakaan, Perakam waktu dan capaian Internet berfungsi secara biasa.

PENGUMUMAN DARIPADA: PUSAT ISLAM UMS
SUBJEK: HEBAHAN KELAS KOMPANG ANJURAN SEKRETARIAT HELWA, PUSAT ISLAM UNIVERSITI MALYSIA SABAH
 
Y. Bhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan/Saudara/Saudari,
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Sekretariat HELWA, Pusat Islam UMS akan menganjurkan KELAS KOMPANG pada ketetapan seperti maklumat berikut:
 
Tarikh            : Bulan Februari - November 2017
Hari                : Setiap Hari Khamis
Masa               : 2.30 Petang - 4.30 Petang
Tempat           : Masjid UMS
Yuran             : RM100.00 termasuk 6% GST
 
Penyertaan program ini adalah terbuka kepada semua kakitangan dan pelajar UMS serta masyarakat sekitar UMS. Sehubungan dengan itu, kerjasama Y. Bhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan/Saudara/Saudari adalah dipohon agar dapat memanjangkan perkara ini kepada kakitangan di bawah seliaan Y. Bhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan/Saudara/Saudari untuk menggalakkan penyertaan.
 
Bersama-sama dengan surat ini, disertakan borang penyertaan kelas tersebut seperti di lampiran. Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah menghubungi Ustazah Salinah Ramlee di talian H/P : 019-8421030 / Pej. : 088-320000 - Samb. 2730 / atau Ustazah Noorisah Taljid di talian H/P : 013-8306744 / Pej. :   088-320000 - Samb. 2743. Segala kerjasama dan keprihatinan pihak Y. Bhg. Datuk/Datin /Prof./Dr./Tuan/Puan/Saudara/Saudari berhubung perkara ini kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

 
Pengumuman daripada    : Pusat Penyelidikan dan Inovasi (PPI)
Pegawai Dihubungi   : Seksyen Inovasi, samb; 1171/1631/1034
Subjek : Makluman Lanjutan Tempoh Permohonan Skim Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip (PRGS) Fasa 1/2017 
 
Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan,
 
Sukacita dimaklumkan bahawa penghantaran permohonan Skim Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip (PRGS) Fasa 1/2017 secara atas talian melalui sistem MyGRANTS telah dilanjutkan sehingga 5 Februari 2016 (Ahad).
 
Sehubungan itu, Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan adalah dipelawa untuk mengemukakan permohonan melalui portal MyGRANTS; http://mygrants.gov.my. Garis panduan geran yang terkini adalah seperti dalam lampiran atau boleh juga dimuat turun melalui portal MyGRANTS. Sebagai makluman tambahan, berikut adalah perkara-perkara yang perlu diberi perhatian:
 
  • Kertas cadangan projek penyelidikan yang menepati kriteria penyelidikan, berkualiti dan mengikut Garis Panduan PRGS (Pindaan Tahun 2017);
  • Jumlah peruntukan yang dipohon hendaklah tidak melebihi siling yang telah ditetapkan iaitu RM500,000.00 dengan tempoh penyelidikan tidak melebihi dua (2) tahun;
  • Skim PRGS dibuka kepada semua penyelidik yang memenuhi syarat permohonan dan telah melengkapkan projek terdahulu(berdasarkan pencapaian yang dilaporkan dalam sistem MyGRANTS);
  • Mengemaskini dan melengkapkan semua perkara (Maklumat Peribadi, Projek, Penerbitan, IP, Penyeliaan (Supervision), Pengajaran (Teaching), Perundingan (Consultation) dan Perkhidmatan Komuniti (Community Service)) dalam profil penyelidik dan disahkan oleh RMC dalam MyGRANTS;
  • Setiap Ketua Penyelidik hanya boleh mengemukakan satu (1) permohonan projek penyelidikan sahaja;
  • Pemohon digalakkan untuk menyimpan salinan kertas cadangan sama ada softcopy atau hardcopy sebagai backup sekiranya system MyGRANTS bermasalah;
  • Garis Panduan
  • Tarikh-tarikh penting permohonan PRGS:
Tarikh
Perkara
Catatan
Tindakan
  • 15 Dis 2016 - 5 Feb 2017
  • Permohonan PRGS secara online  melalui sistem MyGRANTS
  • Sistem boleh diakses sehingga jam 23:59; 5 Februari 2017; Ahad)
Pemohon
  • 6 Feb 2017 – 8 Feb 2017
  • Penetapan dan lantikan Panel Penilai Dalaman oleh PPI
  • berdasarkan Bidang Penyelidikan
OOI
  • 9 Feb 2017 – 19 Feb 2017
  1. Penilaian secara online oleh Panel Penilai Dalaman UMS
  2. Penambahbaikan kertas cadangan secara online
  • Sistem boleh diakses sehingga jam 23:59 (19 Februari 2017; ahad)
PPI, Panel Penilai dan
Pemohon
  • 20 Feb 2017  - 28 Feb 2017
  1. Perakuan dan kelulusan peringkat PPI
  2. Penghantaran secara online melalui sistem MyGrants
 
 
PPI
 
 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.