Pengumuman Daripada
: Pusat Penyelidikan dan Inovasi
Subjek
: Makluman Lanjutan Tempoh Pembukaan Permohonan Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) FASA 1/2017
 
Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan,
 
Adalah dimaklumkan bahawa penghantaran permohonan Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) Fasa 1/2017 secara atas talian di sistem MyGRANTS telah dilanjutkan sehingga 31 Januari 2017 (selasa).
 
Garis panduan geran yang terkini adalah seperti dalam lampiran atau boleh juga dimuat turun melalui portal MyGRANTS. Sebagai makluman tambahan, berikut adalah perkara-perkara yang perlu diberi perhatian:
  1. Kertas cadangan projek penyelidikan yang menepati kriteria penyelidikan, berkualiti dan mengikut Garis Panduan FRGS (Pindaan Tahun 2017);
  2. Jumlah peruntukan yang dipohon hendaklah tidak melebihi siling yang telah ditetapkan iaitu RM250,000.00 dengan tempoh penyelidikan tidak melebihi tiga (3) tahun;
  3. Permohonan baharu bagi mereka yang mempunyai dan mengetuai geran FRGS perlu mempunyai bukti prestasi projek mencapai 75% (berdasarkan pencapaian yang dilaporkan dalam sistem MyGRANTS); 
  4. Penyelidik yang telah diluluskan projek di bawah semua Skim Geran Penyelidikan KPT hendaklah melengkapkan Laporan Prestasi di dalam sistem MyGRANTS
  5. Mengemaskini dan melengkapkan semua perkara (Maklumat Peribadi, Projek, Penerbitan, IP, Penyeliaan (Supervision), Pengajaran (Teaching), Perundingan (Consultation) dan Perkhidmatan Komuniti (Community Service)) dalam profil penyelidik dan disahkan oleh RMC dalam MyGRANTS;
  6. Setiap Ketua Penyelidik hanya boleh mengemukakan satu (1) permohonan projek penyelidikan sahaja;
  7. Pemohon digalakkan untuk menyimpan salinan kertas cadangan sama ada softcopy atau hardcopy sebagai backup sekiranya system MyGRANTS bermasalah;
  8. Tarikh-tarikh penting permohonan FRGS:

 

Tarikh
Perkara
Catatan
Tindakan
15 Dis 2016  -
31 Jan 2017
Permohonan secara online  melalui sistem MyGRANTS
Sistem akan dibuka sehingga jam 23:59 (31 Jan 2017; Selasa)
Pemohon
1 Feb 2017  -
8 Feb 2017
Penetapan dan lantikan Panel Penilai Dalaman oleh Urusetia Penyelidikan (PPI)
Penetapan Panel akan ditentukan  berdasarkan Bidang Penyelidikan
Urusetia PPI
9 Feb 2017  -
6 Mac 2017
  1. Penilaian secara online oleh Panel Penilai Dalaman UMS (Penilaian kali pertama)

2. Penambahbaikan kertas cadangan secara online (Penilaian kali kedua)

Proses penilaian boleh dilakukan  lebih dari 2 kali tertakluk kepada penambahbaikan yang dibuat oleh pemohon. Sistem akan dibuka sehingga jam  23:59 (6 Mac 2017; Isnin)
Urusetia PPI Panel Penilai,
Pemohon
7 Mac 2017 -
20 Mac 2017
Penilaian dan perakuan peringkat PPI
Penghantaran secara online melalui
sistem MyGRANTS ke KPT
 
Urusetia PPI
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Pengumuman Daripada
: Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah
Subjek
: Meet & Greet American Music Abroad
Pegawai Dihubungi
: Puan Lorita Gadol (088-320000, samb. 2655
 
MAKLUMAN PRORAM MEET & GREET AMERICAN MUSIC ABROAD ANJURAN PERPUSTAKAAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
2.       Adalah dimaklumkan bahawa, Perpustakaan UMS akan menganjurkan Program Meet & Greet American Music Abroad (Break of Reality) pada ketetapan berikut:
 
TARIKH
: 12 Januari 2016
MASA
: 4.00 p.m.
TEMPAT
: Auditorium Perpustakaan UMS
 
3.      Sehubungan itu, kehadiran tuan/puan amatlah dialu-alukan . Bersama ini disertakan flyers dan aturcara untuk rujukan.
 
Segala perhatian dan kerjasama pihak Tuan/Puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian.
 

PENGUMUMAN
PERPUSTAKAAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
 
WAKTU PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN INDUK SEMASA CUTI SEMESTER I SESI 2016/2017 BERMULA 14 JANUARI – 12 FEBRUARI 2017 ADALAH SEPERTI KETETAPAN BERIKUT:
ISNIN – KHAMIS
: 8:30 PAGI – 5:00 PETANG
JUMAAT
: 8:30 PAGI – 11:30 PAGI
: 11:30 PAGI – 2:00 PETANG ( TUTUP )
: 2:00 PAGI – 5:00 PETANG
SABTU
: 9:30 PAGI – 1:00 PETANG
AHAD & CUTI AM : TUTUP

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.