Pengumuman Daripada
: Pusat Hal Ehwal Antarabangsa
Subjek
: Peluang Pertukaran Prasiswazah
Hubungi
Pusat Hal Ehwal Antarabangsa 088-320000 Samb: 1385 /1381/1025/1057
Peluang Pertukaran Prasiswazah
Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia
 
Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur berbesar hati untuk berkongsi maklumat dengan anda mengenai Program Pertukaran Prasiswazah(UGRAD).
 
Program ini menyediakan biasiswa satu semester kepada kira-kira 250 mahasiswa dari seluruh dunia untuk belajar di universiti dan kolej Amerika Syarikat. Program ini termasuk kursus akademik, peluang pembelajaran perkhidmatan, bengkel pembangunan profesional,
dan aktiviti-aktiviti kebudayaan.
 
Ingin mengetahui lebih lanjut? Klik http://e.america.gov/t/i-l-kkirhkd-okidldydj-t/

Pengumuman Daripada
: Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar dan Kelab Surirumah dan Staf Wanita Universiti Malaysia Sabah (KESUMBA)
Pegawai Dihubungi
: Puan Stella @ Nurul Martini Gontol (013-830 8577)
: Encik Mohd Saffuan Yakub (019-811 8944)
: Puan Yusrina Abd Menit (012-837 3062)
: Puan Norazah Hamzah (019-870 1712)
Subjek
Jemputan Menghadiri Kursus Pemantapan Imej, Protokol dan Etiket Sosial
 
PENCERAMAH: RUDY LUDINATA M.
 
 
JEMPUTAN MENGHADIRI KURSUS PEMANTAPAN IMEJ, PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar, Universiti Malaysia Sabah dengan kerjasama Kelab Surirumah dan Staf Wanita Universiti Malaysia Sabah (KESUMBA) akan menganjurkan Kursus Pemantapan Imej, Protokol dan Etiket Sosial pada 12 November 2016 (Sabtu) di Galeri Majlis, Bangunan Canselori, Universiti Malaysia Sabah.
 
Untuk makluman YBhg. Datuk/ Dato’/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan, kursus ini bertujuan untuk memantapkan kemahiran etiket sosial mengikut protokol rasmi organisasi disamping menganalisis imej dan ciri-ciri professional individu.
 
Sehubungan itu, Bahagian Sumber Manusia, UMS dan  KESUMBA selaku penganjur seminar ini ingin menjemput YBhg. Datuk/ Dato’/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan untuk menghadiri seminar ini. Bersama-sama ini dikemukakan poster kursus untuk makluman dan perhatian pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan.
 
Kerjasama YBhg. Datuk/ Dato’/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan mengenai perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
 
Sekian, terima kasih.

Pengumuman Daripada
: Jawatankuasa Promosi Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Universiti Malaysia Sabah
Pegawai Dihubungi
Cik Earlene Kasamira V. Bt Edham (013-852 9292) Puan Nurul Izza Md Nordin (013-8500362)
Subjek
Kempen Pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Universiti Malaysia Sabah (UMS) 5 Minit Setiap Hari
 
 
KEMPEN PELAKSANAAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS) 5 MINIT SETIAP HARI
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
2.  Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Universiti Malaysia Sabah (UMS) dalam proses ke arah pensijilan EKSA oleh pihak MAMPU pada bulan April 2017. EKSA merupakan inisiatif penambahbaikan pelaksanaan Amalan 5S yang kini dijenamakan semula kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Matlamat ini adalah selaras dengan KRA4 : Memperkukuh Sistem Penyampaian dan seiring dengan lonjakan ke 7 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pengajian Tinggi) 2015-2025 iaitu Ekosistem Inovasi.
 
3.   Sehubungan itu, bagi menjayakan pensijilan tersebut, dimohon kerjasama semua Ketua Jabatan bagi setiap Jabatan/Fakulti/Pusat/Institut/Unit agar dapat melaksanakan aktiviti EKSA sekurang-kurangnya 5 minit setiap hari mengikut waktu yang bersesuaian.
 
Perhatian dan kerjasama daripada pihak YBhg.Prof/Dr/Tuan/Puan didahului dengan ucapan terima kasih.
 

Pengumuman Daripada
: Pusat Penyelidikan dan Inovasi (PPI)
Pegawai Dihubungi
: Urus Setia Penyelidikan, samb; 1034/4146/1065
Subjek
: Makluman Permohonan Penyelidikan Bagi Skim Geran Kolaborasi Penyelidikan Di Antara Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
 
Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan,
 
Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan bagi Skim Geran Kolaborasi Penyelidikan di antara Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk Projek Regional Cluster for Research and Publication (RCRP) telah dibuka.
 
Sehubungan itu, jasa baik Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan dimohon untuk mengemukakan kertas cadangan mengikut format yang dilampirkan, dan mengemukakan kertas cadangan tersebut kepada Pusat Penyelidikan dan Inovasi (PPI) sebelum atau pada 22 November 2016 (Selasa).
 
Sekian, terima kasih.
 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.