PENGUMUMAN DARIPADA: FAKULTI PERNIAGAAN, EKONOMI DAN PERAKAUNAN
SUBJEK: BENGKEL BERKAITAN PENGURUSAN RISIKO DAN PENGURUSAN DATA
 
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak EDUSTATS Solutions bersama FPEP akan mengadakan dua (2) bengkel berkaitan Pengurusan Risiko dan Pengurusan Data pada 11hb November 2016 (Jumaat) ini. Perincian berkenaan bengkel tersebut adalah seperti berikut :

Bengkel 1: Using Simulation for Investment Decision Business Marketing

  • Basic simulation techniques & real case studies of using simulation across various industries
  • Masa:  9.00 pg - 12.00 tgh
  • Tempat:  Makmal Saham, Tingkat 2, Fakulti Perniagaan, Ekonomi & Perakaunan

Bengkel 2: Introduction to Dark Data

  • The importance of Dark Data and how it can work for your organization
  • Masa:  2.30 ptg - 5.00 ptg
  • Tempat:  Makmal Saham, Tingkat 2, Fakulti Perniagaan, Ekonomi & Perakaunan
Mohon semua yang berminat untuk mengikuti mana-mana bengkel yang dinyatakan di atas memberi maklumbalas kepada urusetia (FPEP, Seksyen P&I) program dan mendaftar pada/sebelum 8hb November 2016 (Selasa).  Pendaftaran boleh dibuat dengan menghantar emel dengan memberi maklumat penuh di bawah:
  1. Nama Penuh peserta:
  2. F/J/P/U/I:
  3. Bengkel yang ingin disertai: (1 / 2 / 1&2)
Sebarang pendaftaran atau pertanyaan boleh rujuk Pn. Hasmawateh Aminuddin (emil Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau call ext:1609) dan Dr. Rini Suryati Sulong (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau call ext:1363).

PENGUMUMAN DARIPADA: KESATUAN KAKITANGAN AM UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (KEKAUMAS)
SUBJEK: KEJOHANAN BOLING BERPASUKAN PIALA KEKAUMAS 2016

Kesatuan Kakitangan Am Universiti Malaysia Sabah (KEKAUMAS) akan menganjurkan Kejohanan Boling Berpasukan Piala KEKAUMAS 2016 untuk julung kalinya. Objektif kejohanan ini diadakan supaya dapat mewujudkan budaya gaya hidup sihat dan daya saing di samping ahli-ahli KEKAUMAS serta memberi peluang kepada ahli agar dapat berinteraksi dan bersosial.
 
BUTIRAN PERTANDINGAN:-
 
  • Tarikh Pertandingan: 12 November 2016
  • Tempat: My Bowl, 1 Borneo Hypermall
  • Masa:  9.00 pagi – 2.00 Petang
  • Yuran: RM 60.00 untuk setiap pasukan
  • Syarat Penyertaan: 
  • Terbuka kepada ahli KEKAUMAS sahaja.
  • Setiap pasukan diwakili oleh 3 orang pemain aktif (tiada had tertentu pemain lelaki atau wanita) dan mesti mewakili Jabatan/Fakulti/Pusat/Institut/Unit yang sama.
  • Setiap Jabatan/Fakulti/Pusat/Institut/Unit boleh menghantar maksimun 2 pasukan.
 
YURAN DAN TARIKH TUTUP PENYERTAAN

Pembayaran yuran penyertaan RM 60.00 adalah secara tunai dan perlu diserahkan kepada :
En. Rahmat Bin Kasmin (013-854 0362)
Pn. Zaitun Binti Marjan (012-878 5560)
Borang penyertaan hendaklah dikembalikan kepada penganjur sebelum atau pada 28 Oktober 2016.
 
Untuk keterangan lebih lanjut mengenai kejohanan ini sila hubungi:
  1. En. Othman Bin Hj  Rawi (012-843 2868)
  2. En. Harun Bin Tambiri ( 010-810 8538) 
 
 Sekian, terima kasih.
 
“SETIA BERSAMA”
 
LAMPIRAN : BORANG PENYERTAAN KEJOHANAN BOLING

PENGUMUMAN DARIPADA: JABATAN PEMBANGUNAN DAN PENYELENGGARAAN
SUBJEK: MAKLUMAN PENAMATAN KONTRAK PEMBERSIHAN
 
Dimaklumkan bahawa kontrak pembersihan akan tamat selepas 31 Oktober 2016 (Isnin). Oleh yang demikian, mohon kerjasama pihak pentadbiran JFPIU untuk memastikan jika ada ruangan yang telah disewakan ataupun digunakan oleh syarikat pembersihan selama ini dikosongkan dan dikembalikan kepada pihak pentadbiran JFPIU dalam keadaan seperti yang asal. Jika ada sebarang kerosakan, pihak pentadbiran JFPIU perlulah memastikan syarikat/ penyewa memperbaiki kerosakan tersebut.
 
Sebarang pertanyaan yang berkaitan bolehlah diajukan kepada kakitangan teknikal JPP yang dilantik di setiap Zon-zon JFPIU ataupun menghubungi JPP di talian 8808.
 
Kerjasama dan perhatian pihak JFPIU didahului dengan ribuan terima kasih.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.